Saturday, 16 March 2024

MELANCONG KE SEOUL, KOREA MAC 2024 (DAY 1)

Incheon - Seoul - Myeongdong - Namsangul Hanok Village & Gugakdang - Namsan Tower


Bismillahhirahmanirahim...

Lama betul dah tak menulis, last tahun 2021. Ye la, time COVID mana g berjalan mana-mana, so x de la benda nk dicerita kan!. 


Alhamdulillah, tahun 2024 ni dapat peluang berjalan luar negara lagi. Kali ni Penulis pergi Seoul, Korea. Sebenarnya ini bukan pertama kali Penulis jejak kaki di bumi Seoul, Penulis pernah pergi pada 2015 yang lalu, tapi time tu tak terpikir nak menulis blog. Jadi, kali ni terasa nak menulis sebab nanti masa-masa ke depan boleh baca semula sejarah yang ditelusuri bersama keluarga tersayang.


OK, jom cerita pasal pelancongan Korea kali ni. Plan asal Penulis nk pegi time winter bulan Januari/ Februari cam tu. Tapi memandangkan anak masih ada exam besar maka terpaksalah pilih tarikh pada bulan Mac. Tu pon dah last-last cuti sekolah. Sebenarnya bulan Mac ni dah akhir winter dan start nak masuk spring di Seoul. Jadi Penulis pergi waktu peralihan musim (Winter - Spring).


Memandangkan Penulis pergi pada musim peralihan, maka terfikir pada waktu tu, 'Tak perlu bawak winter coat lah, musim sejuk/ salji dah abis'. Jadi Penulis hanya bawak sweater biasa dan wind breaker ja untuk tahan suhu 3 - 10 degree C tu. Tapi guys, memang silap besar. Walaupun siang suhu 5 - 8 degree tapi dia punya angin bila bertiup, memang lari masuk kedai, atau cepat-cepat menyorok belakang tiang. Sejuk weh! sampai ke tulang. Bila malam jangan cakap lah. Sepanjang 5 hari berada di Seoul, suhu malam mencecah 0 degree C. Baju 4 lapis pon tak daya tahan sejuk tu. Lesson learn, next time datang musim peralihan gini, kena bawak winter jacket jugak. Tobat! 😅


Macam biasa pelancongan kali ni Penulis ambil penerbangan AA. Nk kata murah tak jugak. Sebab masa survey ada lagi airline yg tawarkan harga tambang yg lebih murah, cuma kena transit tu yang maleh. Kita ni dengan anak-anak kecik dan fly lama-lama dengan transit 3 - 4 jam di airport baik tak payah. Bayar lebih seratus-dua janji sampai Incheon cepat (dalam tempoh +- 7 jam). Penulis ambil flight malam dari KLIA dan sampai Incheon jam 6.20 pagi waktu tempatan. Memang awal. Tapi sapa yang penah datang Seoul memang tahu la cam mana nk hadap Immi kat Korea ni. Dah la beratur panjang, nasib tak baik dibukak semua beg-beg untuk diperiksa. Cuma nasib Penulis baik kali ni. Mungkin sebab kami ada anak kecil dan berstroller ditambah lagi bawa warga emas yang naik wheel chair, maka kami dapat laluan khas. Terus tolak stroller & wheel chair ke kaunter Immi untuk pendaftaran masuk. Alhamdulillah, soalan pon tak banyak, beg pon tak diperiksa. Maka kami sekeluarga berjaya melepasi Immi dengan pantas dan jayanya. Memang lega doh! Melalui pembacaan dalam SocMed, Immi Korea ni memang tegas, ada ja pelancong Malaysia yang kandas (tak lepas masuk) dan terpaksa pulang. Itu yang jadi takut.

Tips:

Kepada rakan-rakan yang plan untuk ambil flight malam macam Penulis, dicadangkan ambil wudhuk dan solat subuh dalam flight siap2. Ya, solat duduk di kerusi. Sebab bila dah touch down di Incheon, buatnya flight parking (gate) jauh, memang kena menapak. Dah tu pulak nk lepas pemeriksaan Immi memang lama - beratur panjang. Jadi takut tak sempat nk solat di surau Airport. Lagi satu, 6.50 pagi matahari dah naik di Seoul ya.


Bila dan lepas Immi dan collect luggage, maka bermula lah sesi pengembaraan Penulis. Dua perkara penting yang kena buat dulu ialah:

1) Beli T-Money

2) Beli Sim Card Korea @ aktifkan pocket wifi (yang dibawa dari Malaysia) 

T-Money boleh beli ja kat mana-mana convenient store di Airport tu. Jangan bimbang dan tak perlu pon beli siap-siap dari Malaysia. Setengah orang dia risau tak jumpa dan beli/ order siap-siap dari Malaysia. Tak payah beb. Bersepah kedai jual T-Money ni. 


Tips:

Nak senang, keluar ja pemeriksaan Immi & after collect luggage toleh ke kiri, terus ke 'Nice to C U' kat ruang legar/ menunggu Arrival tu. Beli ja kat situ, register dan terus top-up siap-siap. Untuk 5 hari berada di Seoul, KRW20,000 dah memadai. Itu pon ada lebih especially kad anak-anak.


Penulis recommed beli T_Money di Korea ja sebab boleh terus register jika kita ada anak kecil atau remaja. Penting ni. Sebab kadar tambang kanak-kanak dan remaja lebih rendah berbanding dewasa. Jadi jangan lupa untuk daftar T-Money tu untuk anak-anak.

Bila semua orang dah ada/ dapat T-Money masing-masing baru boleh bergerak untuk keluar dari Airport. Ada banyak mode of transport untuk ke Seoul. Ada bas, train atau boleh juga sewa kereta. Terpulang kepada budget masing-masing. Untuk penulis, kami sekeluarga memilih untuk menaiki train. Untuk train ni kita tak boleh pakai T-Money. Sebaliknya kita kena beli tiket asing. Korang boleh pilih nak naik A'REX express train (Orange) yang hanya mengambil masa 43 minit untuk ke Seoul Station. Tapi tiket dia mahal skit. 


Kalu nk jimat lagi, boleh naik All Stop Train (Biru). Hah! kalu yg ni tiket dia lebih murah, tapi lama la skit sebab train ni akan stop banyak station sebelum sampai ke Seoul Station tu. Tiket boleh beli kat machine ja. Tak susah pon, ada instruction in English. 


Perjalan dari incheon ke Seoul memang lancar, alhamdulillah. Selama 43 minit tu, memang bantai tidur ja. Ye la, tido atas flight mana selesa. Sampai di Seoul station, kami sekeluarga terus bergerak ke subway station. Dalam bangunan yg sama & tak perlu keluar pon. Cuma kena pandai cari subway line tu ja. Rangkaian subway Seoul ni boleh tahan jugak banyak dia, macam Jepun jugak. Tapi boleh cakap, subway Korea ni tourist friendly juga sebab signage dia semua ada dwibahasa, Korea & English. Untuk ke Myeongdong, kami kena cari train line 4 (Biru Muda). Penulis memilih untuk tinggal di Myeongdong sebab banyak faktor. Antaranya Myeongdong dekat dengan Seoul Station (hanya 2 hentian train sahaja), banyak attraction Points dan paling penting, banyak kedai makanan Halal di situ. 


Myeongdong 

Penulis sekeluarga tiba di Myeongdong agak awal, sekitar jam 11 pagi. Nak masuk homestay belum boleh. Jadi kami terus lunch di Restaurant Kampungku. Pada Penulis, makanan di restaurant ni memang sedap. Kena dengan tekak Melayu. Nasik dia pon x sticky sangat macam beras Korea tu. Kena pulak dengan sup kimchi panas ala-ala Asam Pedas tu. Memang power makan time-time suhu sejuk menggigil ni. Cadang nk lepak lama di restaurant ni sementara nk tunggu masuk rumah jam 3 petang. Tapi Penulis sekeluarga bernasib baik sebab tuan rumah benarkan kami masuk awal. Kebetulan tak da guest pada hari tu. Alhamdulillah. Masuk letak barang, rehat kejap dan terus siap-siap nk keluar. Destinasi pertama kami ialah Namsangul Hanok Village.


Namsangul Hanok Village & Gugakdang

Namsangul Hanok Village ni merupakan rumah atau perkampungan traditional Korea. Penulis memang recommend korang untuk datang melawat ke tempat ni. Nak pegi senang ja. Just tunggu bas depan Gate 4 Myeongdong station tu. Naik bas biru No. 104, tambang Penulis tak ingat sebab touch ja kad T-Money tu. Tak sempat nak jeling berapa kena charge. Perjalanan pon tak jauh. 5 minit ja dah sampai. Kawasan dia luas, memang kena banyak berjalan. Dalam kawasan tu ada rumah, tasik, kolam kecil dan ditujukkkan juga barang-barang lama kegunaan harian orang Korea. Bagus untuk belajar and get to know their culture.









Namsan Tower

Lepas selesai di Hanok Village, Penulis naik bas lagi dan kali ni kami ke Namsan Tower. Perancangan asal nak naik cable car, tapi tukar plan naik bas ja. Kos lebih murah (murah banyak berbanding cable car). Memang ada bas (Bas Kuning No. 01A) dari Hanok Village terus ke Namsan Tower. Kadar tambang baru KRW1,400 berbanding naik cable car KRW12,000 sorang. Memang rancang nak layan sunset & night view kat Namsan Tower. Tapi sejuk dia tak boleh bawak bincang, jam 6 petang kami surrender dan balik. Waktu turun dari Namsan juga kami gunakan perkhidmatan bas terus ke Myeondong. Malam hari pertama Penulis tak makan di restoran, kami tapau nasi dari kedai serbaneka ja dan singgah beli ayam goreng dari 'Kampungku'. Makan kat rumah, lebih selesa & puas.





- selesai hari pertama -

No comments:

Post a Comment