Sunday, 11 April 2021

Hiking di Bukit Wawasan Puchong

Aktiviti pendakian bukan sesuatu yang baru dan pelik. Malah di Negara kita memang ramai sangat yang meminati aktiviti ni. Jadi, tak hairanlah merata ceruk bukit dan gunung ada ja orang mendaki. Group mendaki pulak dah macam2 dari sekecil2 kumpulan sampai la ramai macam sekampung.


OK, kali ni penulis akan ceritakan sikit mengenai aktiviti pendakian yang baru ja pagi tadi penulis pegi. Nak kata mendaki tak la sangat sebab bukit rendah ja pon, So, lebih kepada jungle trekking aje la sebenarnya. Bestnyer bila kita berjalan dalam hutan ni udaranya lebih segar dan bunyi makhluk2 hutan tu kadang2 memberikan ketenangan kepada kita. 


Korang pernah sampai Puchong? Hah! mesti pernah kan. Femes kot Puchong. Kalu dari Pusat Bandar KL tu setengah jam juga la drive. Kalu gerak awal pagi lagi cepat, 20 min pon da boleh sampai. Trekking kali ni kita pegi Bukit Wawasan. Bukit ni terletak di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong Selangor.




Kepada sesiapa yang berhajat untuk trekking di sini dinasihatkan untuk datang weekday. Kalu datang weekend jawabnya memang kena beratur. Bukan mendaki je kena beratur, nk paking kereta pon susah. Sebaiknya datang sebelum jam 7 pagi. In sya Allah pakir masih banyak. Kalu datang selepas jam 7 jawabnya kena paking jauh. Silap2 boleh sampai ke jalan besar, dah x pasal2 kena menapak 400 ~ 500 meter. Paking keta free ajer. ramai jugak pengunjung yang paking tepi2 jalan.




Susulan situasi pendemik COVID-19 ni macam biasa, pengunjung kena patuh SOP. Setiap pengunjung kena scan mySejahtera dulu di permulaan trek. Lepas tu baru mula mendaki. trek pon x susah sangat. Bukit pon tak tinggi mana. Masa penulis mendaki pagi tadi, ada ja budak2 yang ikut parents diorng mendaki. Atok2 dan nyonya2 juga ramai tadi. Kuat betul diorang mendaki w'pon umur kategori warga emas. Tabik spring. tapi paling tak tahan ni kalu makcik2 nyonya ni mendaki diorang punya sembang tu boleh dengar sampai Stadium Bukit Jalil. lol. 😂😂😂


Kepada 1st timer, korang x perlu takut sesat. Sebab trek dia memang jelas dan x de simpang siur pon. Korang ikut ja. lagipon ramai sangat pengunjung sampai beratur cam ketapi. So, apa nk takut sesat. Kalu sesat pon akan sesat beramai2 hah!.

 




Untuk satu loop, jarak lebih kurang 3.6km ajer. Kelajuan biasa boleh habis dalam 1 jam. Kalu bnyak brenti, selpi celah pokok dan asal nampak tunggul kayu je ko nk duduk jawabnya boleh cecah 2 jam. 


Untuk sampai ke puncak, pendakian amek masa 20 minit jer (dengan steady pace😋). Kt puncak tu x boleh buat mende pon. Tak nampak view indah macam bukit/gunung yg lain. Sebab puncak bukit dia still bnyak pokok2 besar. Ambil gambar kt papan tanda then terus blah. Ramai kot kt atas tu. Riuh rendah macam kt pasar.



Kepada pengunjung yg dah selesai hiking, kt bawah tu ada gerai jual air. Boleh la hilangkan haus dengan air kelapa muda situ. Tapi biasanya orang akan terus keluar cari mamak. Kedai mamak berdekatan ja, tepi jalan. Tak sampai pon 5 min drive 😁



OK, kepada kaki2 hiking, boleh la try laluan ni. Best la jugak. Berikut Penulis bagi review tempat ni base on scale rating kt bawah.


0 ---------- 5 ---------- 10

(Teruk)                   (Superb)


Trek laluan  = Baik, tak de semak sangat (7)

Pendakian =  Easy Moderate (4)

View di puncak = Tak nampak view sebab lindung pokok (2)

Pakir = Banyak dan berturap (8)

Facilities = Tak jumpa pon tandas awam (0)


OK sekian untuk kali ni. Jumpa lagi di entri yg lain dan selamat mendaki. ✌



No comments:

Post a Comment