Monday, 30 May 2016

Jungle Tracking di Bukit Nanas

Memang tak dinafikan, ramai masyarakat di Malaysia ni yang minat jungle tacking/ hiking. Ia bukan sahaja jenis riadah yang boleh menyihatkan badan, malah boleh juga mengurangkan tekanan dan ketegangan selepas penat lelah berkerja. Terutamanya bila menyusuri pokok2 hutan dan anak sungai yang pasti mendamaikan.

Bagi warga kota (KL), bila merancang untuk lakukan aktiviti ini pasti mereka berfikir dan mencari tempat2 menarik di luar circuit seperti Bukit Broga, Gunung Angsi, Gunung Datuk dll. Namun sebenarnya di Kota Metropolitan ni juga ada lokasi tracking/ hiking yang x kurang menariknya. Jom mulakan dengan Bukit Nanas. 

Jungle Tracking di Bukit Nanas, Kuala Lumpur
  
Hutan Simpan Bukit Nanas yang kini dikenali dengan KL Forest Eco-Park merupakan lokasi hutan kecil yang masih dikekalkan di tengah2 pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Keluasannya hanya 9.3 hektar dan telah digazetkan oleh Kerajaan sebagai hutan simpan pada tahun 1906. So, tak kan ada pembangunan di tanah ini sampai bila2. (hopefully)

Kepada sesiapan yang berminat untuk mula menceburi sukan pendakian, eloklah mula dengan Bukit Nanas. Trail laluan agak mudah dan tempoh pendakian tidak terlalu panjang. Kalau jalan (hiking dengan consistant) boleh cover seluruh bukit dalam tempoh kurang dari 40min. Tu pon kalau jalan terus la...kalau jalan kejap berenti rehat....jalan plak pas tu brenti minum air, amek gamba....kompom lebih sejam. (heh!)



Pada pintu masuk utama ada diletakkan peta Bukit Nanas ni. Jadi boleh pilih denai mana nak redah. Dari loop yang paling dekat sampai la yang paling jauh nun di Galeri Wariseni MTIB.

Tips:
1) Tidak sesuai untuk anak2 kecil (unggas & nyamuk banyak)
2) Stroller tak boleh bawak melainkan pengunjung carry sendiri (dukung) anak kecil mereka.
3) Waktu melawat dari 7pagi ~ 7 petang sahaja.
 



Dah nama pon denai kan, so memang berjalan dalam hutan la. Jadi buat persediaan sepatutnya. Kasut kena bersesuaian (bertutup). Tapi kalu nk berselipar pon OK sebab denai dia x la extream sangat. 

Tips: 

1) Pakai baju tangan panjang atau jika nk pakai baju berlengan pendek, sila spray insect repellant (nyamuk banyak!)
2) Tak perlu trail shoes yang hebat2 cam timberland, salomon atau adidas bagai. Sebab trail dia biasa2 ja.



Kalau tak nak lalu denai di bawah, boleh juga cuba Denai Arboretum. Laluan ni lebih menarik sebab kita akan melintasi kawasan hutan dari atas (titi gantung). Pemandangan sangat cantik.

Tips:
1) OKU x boleh naik sebab tak dak lift.
2) Orang sakit lutut pon tak boleh naik sebab kena panjant tangga tinggi jugak.
3) Kalu dah start naik Denai Arboretum ni kena jalan sampai habis; sebab x boleh berhenti atau turun di tengah2.





Dari segi kemudahan, mamang boleh dipuji. Fasiliti asas disediakan dengan baik. Tandas, surau, ruang beristirehat dan laluan OKU juga ada disediakan.


Selain menyusuri denai hutan, pengunjung Taman Eko Rimba Bukit Nanas juga boleh melihat tanaman pakis yang berada di Rumah Pakis atau mengenal ulam-ulaman di Taman Herba.


Tips:
1) Boleh kenal pokok paku pakis yang ada dan hidup di hutan Negara ini.
2) Boleh kenal pelbagai jenis herba/ pokok ulam-ulaman

Taman Eko Rimba KL ini sememangnya merupakan destinasi yang bersesuaian untuk dilawati oleh warga Kota. Selain riadah menyihatkan badan, pengunjung juga boleh mendapat banyak ilmu mengenai jenis2 tumbuhan yang ada di Negara ini. 
 
OK, jom riadah!





No comments:

Post a Comment