Alhamdulillah....Ramadhan kembali lagi. Syukur kita masih
diberi nafas untuk melalui bulan barakah ini sebaiknya. Selamat menjalani
ibadah puasa terutamanya berterawikh di malam harinya.
Antara post yang paling best di bulan Ramadhan (selain shoping raya) ialah lokasi berbuka puasa. Untuk tahun ni kita mulakan dengan sesi berbuka puasa di TenOnCall KLCC.
Sepertimana biasa, penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang alhamdulillah diberi ruang dan peluang untuk berbuka di situ pada 8 Ramadhan yang lalu.
Penulisan akan berkisar tentang komen/ cadangan dari
aspek kualiti dan kepelbagaian makanan, keselesaan tempat
makan, kemudahan surau untuk solat, pakir kenderaan dan
perkara-perkara lain yang boleh membantu rakan-rakan untuk memilih destinasi
berbuka puasa mereka nanti.
Destinasi: TenOnCall KLCC
TenOnCall bukan berada di dalam hotel lima bintang. Bukan juga restoran mewah di mana2 KLHotSpot. Pada penulis ia hanya merupakan satu ruang makan yang selesa, ekslusif dan agak mewah yang berada sebumbung dengan KLCC. Ya, Kuala Lumpur Convention Centre yer...bukan Suria KLCC.
Lokasi berbuka puasa pilihan penulis kali ini berada di
tingkat 4 KLCC. Pada 8 Ramadhan tersebut, pelanggan tidak begitu ramai. Mungkin
warga kota belum mula ghairah untuk berbuka di luar (hotel).
1) Pakir Kenderaan
Sesiapa yang hendak ke sini, boleh pakir di basement KLCC
jer. Dari basement boleh terus naik lift ke tingkat 3. Kadar harga
pakir...macam biasa (harga key ell).
Tips:
i) masuk selepas jam 6 sebab ia akan dikira RM8 per
entry.
ii) cari pakir yang berdekatan dengan lift tengah (Glass Capsule
Lift) sebab kita akan keluar terus di TenOnCall.
2) Lokasi berbuka puasa
Tempat makan ini berada di aras 4. Jika pelanggan
masuk menerusi basement parking, boleh ambil mana2 lift tetapi sila
keluar di aras 3 kerana pelanggan perlu daftar/ reservation check di
kaunter khas yang disediakan terlebih dahulu. Bila nama/ tempahan dah ada, staf
bertugas akan maklumkan no meja.
Secara umum, penulis suka tempat ni. Dekorasinya
sederhana tapi tersusun dan cantik. Susun atur kerusi meja juga tidak
terlalu padat. Jadi kita boleh makan dengan selesa tanpa perlu
berasak-asak dan belanggar-langgar dengan orang.
3) Juadah berbuka
Makanan...hmmm....memang banyak dan sangat menyelerakan.
Macam-macam ada ...nasi..mee...kueh2 melayu..sate panggang...kambing
golek....macam2 lagi lah! cuma larat makan ke idak jer..
Tips:
i) Penulis nak mencadangkan pengunjung mencuba Mee
Kari TenOnCall. Perghhh...memey terangkat!
ii) Satey panggang dia juga sedap. Lain dari yang
lain. (Wajib cuba ;p)
4) Surau
Surau bukan di aras 4 (ruang makan) yer!. Pengunjung kena turun
ke aras 3 dan kena berjalan sikit. Tapi jangan bimbang....Signage surau
& tempat berwuduk diletakkan dengan jelas. Jadi ia amat memudahkan orang ramai yang hendak
menunaikan solat. Pihak KLCC telah menyediakan kemudahan untuk solat yang
lengkap. Selipar dan kemudahan lain untuk solat (kain persalinan, kerusi
untuk mereka yang uzur) juga disediakan secukupnya. Tempat berwuduk juga sangat
selesa. Ruang solat.....memang luas...terbaik!
5) Kemudahan/ Perkhidmatan lain
hmmm....rasanya tak de kot melainkan basic need
kepada pengunjung yg nk berbuka puasa.
Kesimpulan
Kalau tak nak ke hotel tapi nak merasa servis makan macam
kat hotel boleh ke TenOnCall. Makanan pelbagai dan sedap2 belaka. Lokasi (tempat makan)
selesa dan tidak bersesak sangat. Paling
penting, kemudahan untuk solat yang memang thumbs up!.
Rating iftar Ramadhan tahun 2016 diberikan kepada TenOnCall...'4 Bintang'.
No comments:
Post a Comment