Myeongdong - Nami Island
Penulis jarang makan nasi pagi-pagi. Tapi memandangkan hari ni nak jalan jauh, maka kami sekeluarga breakfast dulu siap-siap di rumah. Makan nasi instant yang beli kt convenient store semalam. Lauk kami masak ja Brahim yang dibawa dari Malaysia dan sambal ikan bilis kering. Cam ni la cara nk berjimat. Kalu tiap2 hari, pagi - tengah hari - malam makan kat kedai memang bocor la poket. Sekali makan (sekeluarga) dah RM300 - RM500. Kalu sehari 3x makan, hurmmm....
Lepas sarapan dan bersiap kami sekeluarga keluar dari rumah. Cuaca di Myeongdong baik pagi ni, alhamdulillah. Jam menunjukkan 9.15 pagi, matahari dah naik. Nampak panas, tapi suhu 1 degree C...huh! Waktu cam gini seronok berjalan kaki. Tak terasa penat dan tak berpeluh. Tapi tak tahan bila angin tiup la, sejuk menggigil. Nak senyum sangat pon x boleh sebab rasa pipi macam beku.
Plan hari ni nak pegi 2 tempat. Nami island dan masa balik nak singgah Itaewon untuk dinner. Memang penulis dan keluarga cadang naik train saja ke sana. Walaupun jarak Myeongdong ke Nami Island agak jauh, tapi pengangkutan awam korea memang efficient. Dari Myeongdong kami naik train (Line 4) ke Dongdaemun dan tukar train (Line 1) terus ke Hoegi Station. Tiba di Mangu kena tukar train lagi. Kali ni ambil Green Line hala ke Chuncheon. Train ni akan terus ke Gapyeong. Memang agak tricky. Tapi jangan bimbang sebab semua akan ditunjukkan dalam Naver Map tu. Kita tinggal ikut ja.
- Myeongdong - Dongdaemun (Line 4)
- Dongdaemun - Hoegi Station (Line 1)
- Hoegi Station - Mangu Station (GJ Line)
- Mangu Station - Gapyeong Station (G Line)
Perjalanan kami dengan train ambil masa 2 jam. Setibanya di Gapyeong Station, kita ada 2 pilihan sama ada nak naik bas atau teksi ke Ferry Terminal. Naik bas KRW 1,500 sorang. Kalu naik teksi KRW 5,000 untuk satu kereta. Jadi penulis ambil teksi sebab lagi jimat dan cepat.
Untuk masuk ke Nami Island, kita kena beli tiket khas. VISA konon-kononnya. Harga masuk untuk seorang dewasa KRW 16,000 (RM55.00). Jadi kalu korang datang satu keluarga 8 orang, kali sendiri la dah berapa kos dia kat situ...huhuhuh.....Perjalanan dari Terminal Ferry ke Pulau Nami hanya mengambil masa 15 minit.
Tips:
Masa masuk ke feri, cepat-cepat naik & ambil tempat duduk kt atas. Cruise dari atas deck lebih seronok sebab kita akan dapat melihat pemandangan cantik dan merasa sejuk angin luar berbanding duduk di bahagian dalam ferry. Nak bergambar pon cantik dari deck ni.
Nami Island
Pulau ni agak luas kalu nk jalan ke semua tempat. Restaurat untuk lunch pon banyak. Muslim friendly pon ada. The best part, nami island ni ada restaurant Halal dan tempat untuk solat. Surau dia sangat bersih, kemas dan selesa.
Macam biasa, kalu datang Nami Island ni wajib cari port ni untuk bergambar. Kalu tak da gambar kat sini memang tak lengkap atau belum cukup syarat nk cakap penah sampai Nami Island.
Last ferry untuk ke Terminal adalah pada jam 9.00 malam. Tapi penulis advise better jangan balik malam sebab sejuk yakmat. Jangan ambil ferry lewat petang juga (Jam 5 - 6), kerana ini waktu puncak yang kebanyakan orang akan keluar dari pulau. Sebaiknya keluar awal sikit (sebelum jam 5).
Untuk balik semula ke Gapyeong, sama juga. Korang boleh tunggu bas atau naik teksi ja lebih cepat. Kalu orang ramai, memang tak daya nak tunggu bas waktu petang yang sejuk tu. Tempat menunggu bas dia pon comel sangat, tak ramai yang boleh masuk. So, better ambil teksi ja - KRW 5,000 (RM17.50). Dari Gapyeong balik ke Myeongdong sama juga, naik train sahaja. Cuma peringatan untuk semua, Station Gapyeong ni juga adalah transit station untuk Express Train ke Seoul. Jadi jangan silap naik. Kalu tak, kena bayar tiket asing dan mahal (Tak boleh pakai T-Money). Penulis sekeluarga sampai ke Seoul dah hampir jam 7 malam. So, tak jadi ke Itaewon malam ni sebab semua dah penat. Sampai Myeongdong singgah convenient store beli nasi dan singgah Restaurant Kampungku beli ayam goreng cili dia tu. Malam tu kami dinner makan kt rumah ja. Lebih selesa makan sambil-sambil layan citer Korea.
- Selesai hari kedua -
No comments:
Post a Comment