DAY
1 @ 17 JAN 2019: KUL ~ MCT
Flight ke Muscat
pagi, jam 9.40am. Kami pilih waktu ni sebab waktu ketibaan di Muscat ialah pada
jam 12.50 tengah hari. Sampai pada waktu begini sememangnya bagus, hari masih
cerah dan awal. Senang nk memerhati kawasan dan nk cari hotel. Bila nk pegi
mana2 tempat yang kita x biasa sebaiknya pilih berjalan pada waktu siang.
Muscat Airport sangat bersih dan cantik.
X bnyak blog yang menulis pasal Muscat, jadi susah juga nk dapat maklmat awal. Tapi rata2 bloggers semuanya memuji negara ini kerana cantik.
Memang tepat sekali. Negara arab ni jauh lebih bersih dan mempunyai lanskap yang
sangat cantik.
Biasa kalu melancong Penulis lebih gemar
naik train sebab murah. Tapi memandangkan Oman belum ada perkhidmatan ni, maka
penulis x da pilihan melainkan naik teksi. Teksi Airport Muscat bersih dan
selesa. Perjalanan ke hotel juga selesa sebab jalan raya di Muscat sangat luas
dan tak da kesesakan trafik. Nasib dekat jarak dari airport ke hotel jadi
tambangnya x la mahal sangat. 7 OMR. Hahaha....bunyi macam murah kan....tapi
bila convert jadi RM70. Gila, jarak dalam 6km dan perjalanan x sampai 15mins
pon kena pow sampai RM70. Huhuhuhuh....bertabahlah....matawang kita terlalu
rendah berbanding Omani Riyal.
Hotel yang kami tinggal ni bertaraf 2
bintang. Bersederhana ja....budget travel la katakan. Nk bayar mahal2 buat pa
nk tidur kejap jer kan. Hotel agak OK, selesa da luas. Paling best, sangat
bersih. Lokasi agak ok tepi jalan utama. Senang nak tahan teksi. Tapi kedai2
agak jauh. Yang ada tepi2 hotel pon kedai makan ja.
Selesai chek in hotel, rehat kejap dan
solat, penulis terus tahan teksi untuk ke al-Mouj. Tambang x mahal, 1 OMR shj
(yaaa....sepuluh ringgit) untuk jarak 2km dan kurang dr 5mins. Hahahha. Al-Mouj
merupakan Marina towhship mewah yang terletak di tepi laut Gulf of Oman. Kt
situ terdapat deretan rumah2 agam cantik dengan kereta2 mewah. Ada pasaraya, ada
yatch club dan paling best ada deretan kedai2 kopi santai yang cool. Lepak
minum disitu rasa macam minum kopi di lorong2 di Paris. Yaa....so cool!
Selepas singgah mart beli belah sikit
kami pulang ke hotel. Malam x jalan mana2 pon. Rest la esok hari nk lari jauh.
Rehat kena cukup. Paling sengal skali masa balik teksi charge 2 OMR. X guna, mentang2
amek customer dr al Mouj semua dia nk pow sbb dia ingat semua org kaya kat
sini. Dia x tau aku sengkek blanja jimat2 ja ni.
Selesai Day 1….
boleh saya nak minta no whatsapp. 0193375114
ReplyDeleteUntuk apa tu? Nk tour guide ker? 😅
ReplyDelete