Thursday, 18 April 2019

Melancong ke Muscat, Oman Januari 2019 - Day 2



DAY 2 @ 18 JAN 2019: AL MOUJ – SULTAN QABOOS MOSQUE - AZAIBA BEACH

Hari ni Penulis bangun agak awal, lepas solat subuh capai kasut terus keluar. Plan memang nk berjalan kaki ja ke starting line. X jauh pon. To be axect 1.7km ja. Jalan kaki pon 15min ja. Boleh la kira exercise skit sebelum berlari HM.




Marathon di sini penyertaannya x la seramai macam di Malaysia. Mungkin sukan ni masih x berapa popular di kalangan masyarakat arab. Nmpak pon macam lebih ramai org luar berbanding masyarakat disini. X pa, x ramai sangat lagi seronok. X la berlanggar bahu tepijak kaki sangat masa berlari nanti.

 



Alhamdulillah, HM Muscat memberi kenangan manis buat penulis. Dapat catatkan PB di sini. 1st half Penulis dapat kekal pace dan macam x percaya dapat catat pace yg consistant. Mau taknya, Penulis seboleh-bolehnya memang ikut rapat dengan pacesetter. Tapi 2nd half dah x daya. Cramp dah tangkap tapak kaki. Jadi terpaksa bnyak berjalan dr berlari. Tapi alhamdulillah...dapat catat 10mins lebih pantas berbanding HM SCKLM 2015.


Selesai bermarathon, Penulis jalan kaki je balik ke hotel. Tu la untungnya amek hotel yang dekat dengan venue. X payah pening2 nk cari transport bagai. Balik bilik rehat kejap pas tu keluar berjalan. Penat2 lengoh kaki pon nk berjalan jugak. Ye la, datang x lama, kalu masa bnyak habis berehat dlm bilik ja rugi la datang jauh2 (3215 miles/ 7hrs) kannn….


Memandangkan x da train di sini kami mmg plan nk naik teksi je berjalan di sekitar Muscat. Tp mengenangkan tambang teksi yg agak mahal, kami akhirnya ambil kereta sewa w’pon mmg x da dlm perancangan asal. Sebab rasanya lebih berbaloi amek kereta daripada naik teksi. Jadi kami bergerak semula ke airport untuk dapatkan kereta sewa sebab di situ bnyak pilihan. Last kami dapat toyota yaris hanya dengan kos 15 OMR (RM150) sehari.


Destinasi pertama kami selepas dapat kereta ialah Sultan Qaboos Mosque. Masya Allah cantiknya masjid ni. Sapa2 yg datang Muscat mesti kena datang masjid ni. Lanskap tamannya penuh dengan bunga2 kertas yang bermacam warna.






Petang ni x sempat nk jalan mana2 dah. Sebab spend masa yg agak lama kat masjid ni. Keliling masjid semua cantik lanskap dia. Semua angle nk amek gamba.


Lepas selesai di sini, kami terus balik. Dalam perjalanan sempat singgah kejap di Azaiba Beach. Rupanya keluarga Arab ni gemar berkelah jugak. Nmpak bnyak keluarga yg berbarbeque tepi pantai. Sempoiii...




Alang2 dah ada kereta malam ni kami berjalan. Kali ni nk tengok suasana al Mouj pada waktu malam pulak. Fuh! Memang hidup tempat ni. Bnyak parents yang bawa anak2 mereka bermain di sini. Sambil2 memerhati anak2 main, sambil menghirup kopi panas. Layannn....



Dan sebelum balik hotel, singgah beli makanan skit. Jika ada sapa2 bercadang nk bawak bekal megi baik lupakan. Kt sini bersepah jual megi dan paling best, Made in Malaysia hahahaha...

Selesai day 2...

No comments:

Post a Comment