Mana ada penah terpikir pon nk pegi
Oman. Apa ada kat sana pon x tau. Dalam tripadvisor pon x penah cari apatah
lagi trivago. Tapi emel yang masuk pada 14 Nov 2018 menerusi Laman Sukan
Antarabangsa buatkan Penulis terus terpana. Ada marathon di Muscat pada Januari
2019. Tarikh pon cantik dekat2 dengan hari Anniversary. Tanpa menoleh ke
belakang, Penulis pon terus buat kajian pelancongan (cheeewah!!!). Kajian ni
penting. Ye la, mana penah pegi melancong pakai Tour Guide kecuali g Mekah ja.
Negara2 lain yang Penulis pegi semua explore sendiri, lebih puas hati atur masa
sendiri. X de sapa nk gesa kalu kita lambat.
To be Considered
Ok, tiga perkara utama yg penulis kaji
sebelum melancong cam biasa. Cuaca/ suhu pada tarikh melancong, harga tiket
kapal terbang dan tempat2 menarik yang berdekatan. Bila tengok cuaca/ suhu pada
hujung Januari adalah musim sejuk di Muscat. OK checklist pertama dh ON.
Tengok harga tiket kapal terbang pon ok. boleh la (Kecewa juga sebenarnya sebab
x de AirAsia ke Muscat) hahaha. Tempat2 menarik pula hmmm.....x da la bnyak
sangat. Yang ada pon agak jauh dari pusat bandar. Tips kalu nk g melancong ni
kena ambil kira jarak lokasi dengan lapangan terbang sebab sebaiknya pemilihan
hotel kena dekat dengan airport atau atleast dekat dengan kemudahan public transport.
Bila buat kajian di Muscat memang x da LRT atau Subway seperti kebanyakan di
negara2 maju. Maka pemilihan hotel haruslah dekat dengan airport atau pusat
bandar untuk memudahkan pergerakan dan paling penting, mengurangkan kos yang
dibelanjankan untuk tujuan pengangkutan.
OK, mula2 kena register Marathon dulu,
bila dah selesai baru beli tiket flight. Bila dh dapat tiket flight baru cari
hotel. Disebabkan lari kt oversea dan forecast cuaca pada tarikh tu agak cantik
(18 ~ 21 Degree C) maka sudah tentu Penulis amek HM. Lari dengan cuaca sejuk ni
agak selesa dan kurang letih. Berbanding lari kt Malaysia @ Singapore yang agak
panas kompom Penulis amek 10K sajo. Dah register marathon, terus cari tiket
flight. Disebabkan x da AirAsia, Penulis terus bukak cheapflights.com. OK dapat
la tiket ke Muscat dengan harga RM... boleh tahan juga harganya. Tapi masa nk beli
tiket, Penulis beli terus menerusi Oman Air. Takut jugak kalu beli menerusi
ejen/ pihak ketiga ni. Sebaiknya terus beli dengan syarikat pengendali. OK,
last but no least, cari hotel. Sudah tentu faktor pemilihan adalah mesti dekat
dengan airport dan lokasi marathon. Yes, dapat juga hotel yang sesuai. Jarak
dari airport 15mins memandu manakala jarak dari starting line marthon hanya
2km. Walking distance bak cakap omputeh.
Bila 3 perkara utama dah selesai baru
cari lokasi2 menarik untuk dilawati. Serius, Oman sangat cantik. Memula
terpikir Oman ni hanya ada tanah pasir yang tandus, kering dan berdebu. Tapi
bila korang sampai, masya Allah....sangat cantik. Nanti kita layan gamba.
Persediaan Sebelum Pergi
Pakaian yang perlu dibawa, tolong jangan
bawak winter jacket walaupun Januari dilaporkan bulan paling sejuk di Oman.
Sesejuk oman pon x perlu sampai bawa jaket tebal2. Memadai long sleeve shirt sahaja.
Pakaian pon x perlu bawak bnyak2. Travel light gitu. Makanan dari Malaysia pon x perlu. Ye la korang nk pegi negara yang rata2 penduduknya muslim kot. X da was2
langsung nk makan kt Oman. Cuma takut tekak korang x selera dengan masakan/makanan dia je la.
Sebelum lupa, rakyat Malaysia yg nk masuk ke Oman kena apply VISA. Permohonan Tourist Visit Visa boleh dibuat menerusi eVisa pada laman web Royal Police Oman evisa.rop.gov.om. Harga x mahal, 5 OMR saja. Tempoh memproses sangat pantas; 1~2 hari ja. Jadi pelancong sesuai/ boleh mohon 1 ~ 2 minggu sebelum tarikh masuk.
Pocket Wifi
Yang ni wajib kalu nk keluar melancong. Nk pakai roaming telco sendiri pon boleh. Tapi dengan syarat bapak korang kaya raya la. Ada kilang beras ker....ada biz satelit sendiri ka atau saudagar minyak unta. Tapi kalu korang miskin & nk jimat bajet2 g melancong, baik pakai pocket wifi ja. Boleh share ramai2. lagi jimat. Kalau sebelum ni Penulis amek di KLIA2 sebab naik AirAsia. Tapi kali ni amek di KLIA sebab naik Oman Air. Nasib kt KLIA pon ada. Tapi jumpa satu kedai ja kt Level Departure tu; x bnyak macam di KLIA2.
Ok, yang ni x payah bawa. sebab Oman punya pluq sama ngan Malaysia.
OK done prep sebelum pegi. Next kita update lokasi menarik d Muscat.
salam tuan.. sy akan ke oman pd 25/9/19 dr KL kul 9.40pg actually transit 2 jam sblm ke madinah tp flight kene delay plak ke 9.50 mlm.
ReplyDeleteMemandangkn ade 6 - 7jam tu sy plan nk jln2 kat bandar Oman. Bole tuan suggest tempat2 yg sesuai tak utk sy lawati dgn masa yg terhad ni?
thanks in advance
Salam. Aduh maaf lewat reply. So dh pegi kan Oman? Kalu transit kejap saya cadang pegi Masjid Sultan Qaboos tu 😅
ReplyDeleteSalam , tumpang bertanya... saya transit di muscat selama 19 jam so cadang nak keluar jalan... perlukan visa ke? Dan leh cadangkan tempat menarik untuk di lawat
ReplyDeleteSalam aina. Nk masuk Oman kena ada visa. Kalu x da, jawabnya lepak airport aje la 😁. Tp kalu 19jam lama tu. Sempat pegi mutrah lagi. Sana bleh shopping kt souq dia. Macam2 barang survenier ada kt sana
Delete