Gyeongbokgung Palace - Gwanghwamun Square - Cheonggyecheon Stream - Myeongdong Street (Night Market)
OK, semalam dah penat jalan jauh ke Nami, jadi hari ni kami sekeluarga jalan dekat-dekat ja. Sebab tourist attraction ni dekat-dekat, jadi banyak jugak la yang sempat kami singgah & explore. Destinasi pertama kami adalah ke kedai Hanbok. Dari Myeongdong Station kami naik train ke Gyeongbokgung Station. Destinasi tak jauh pon, kurang dari 10 minit. Sebenarnya joging pon boleh, tapi sebab dengan anak-anak ramai ni, pepaham ja la. Untuk ke Gyeongbokgung Station, kami naik train (Line 4) sebelum tukar ke train (3) di Chungmuro. Lepas 3 station, sampai la kami ke Gyeongbokgung Station. Paling bestnya keluar ja subway (Exit 4) terus nampak kedai sewa hanbok ni. Bersepah-sepah kedai sewa Hanbok dengan bermacam-macam corak dan warna. Rambang mata dan pening juga nak memilih. Rancangan asal nak tengok & sewa baju-baju di Daehan Hanbok (Good Review), tapi bila sampai depan pintu kedai, tu dia...kena naik tangga la pulak. Baju-baju semua di aras atas. Nak senang, kami ke kedai sebelah ja. Tak kurang cantik dan murah juga di kedai tu. Kadar sewaan KRW 9,000 untuk 1 jam dan KRW 15,000 jika nak menyewa pakai seharian. Ofkos la orang akan sewa seharian kan. Mana sempat nk melaram & bergambar kalu sewa sejam. Harganya sama saja untuk baju lelaki atau perempuan. Cuma kalu kita nk tambah aksesori seperti topi dan pedang untuk lelaki kena bayar tambahan KRW 5,000 setiap satu. Jadinya baju KRW 15,000 + topi KRW 5,000 + pedang KRW 5,000. Total 'hangus' KRW 25,000 (RM 88.00) seorang. Itu belum perempuan. Nak hiasan kepala harga lain, nak tambah aksesori harga lain. Hatta nak sewa cekak kepala pon KRW 5,000 (RM17.50), baik beli & bawak dari Malaysia ja. 😄
Tips:
Jika nk masuk ke Gyeongbokgung Palace, pastikan pakai pakaian Hanbok yang lengkap. Kalu tak lengkap, jawabnya memang kena bayar entrance fee. Sebelum masuk ke istana memang ada staff yang jaga & check pakaian Hanbok kita. Nak dijadikan cerita, anak lelaki Penulis hanya mengenakan baju sahaja bersama topi. Seluar dia x ambil sebab rasa macam x perlu. Nak bergambar bukan nmpak sangat seluar kan, baju ja yang penting. Sudahnya orang lain semua masuk free, dia sorang ja kena tahan & kena bayar KRW 3,000 (RM10.50) untuk masuk. Naya Pak Karim!
Gyeongbokgung Palace ni memang luas. Nak berjalan tu memang penat jugak. Spot bergambar yang cantik juga banyak, tapi itu lah...orang pon boleh tahan ramainya. Bila nak shoot gambar ja, akan ada la orang lain menyemak termasuk dalam frame; photoboom gituh!
Gwanghwamun Square (King Sejung & Admiral Yi Sun-sen statue)
Selepas King Sejung statue, kita akan dapat melihat statue Admiral Yi Sun-sen. Statue ini dibina pada April 1968 sebagai memperingati Admiral perang korea pada kurun ke-16 yang berjaya menewaskan Angkatan Laut Jepun semasa Perang Imjin.
Cheonggyecheon Stream
Meneruskan berjalan kaki pada tengah hari yang amat sejuk itu membawa kami sekeluarga ke Cheonggyecheon Stream. Saliran sejauh 10.56 km ini mempunyai sejarah tersendiri kepada bandar Seoul. Nama asal salinaran ini adalah Gaecheon dan ia merupakan sistem saliran bandar Seoul semasa pemerintahan King Joseon dulu.
Macam yang kita semua sedia maklum, kualiti air di negara Korea ni kelihatan jauh lebih baik berbanding Malaysia, terutamanya air longkang. Mungkin diorang tapis dengan Coway atau Cuckoo agaknya.
Kim Seri Restaurant
Selesai di Gwanghwamun Square, kami terus balik ke Myeongdong menaiki train. Memang best betul stay kt sini, makanan halal banyak. Sampai ja Myeongdong station, keluar kat Exit 1 terus jumpa kedai Kim Seri. Makanan kat sini ok jugak, tapi harga dia lebih mahal berbanding Restaurant Kampungku.
Tips:
Untuk makluman semua, Kim Seri Retaurant juga ada menyediakan ruang solat di tingkat atas kedai mereka. Kalau kita jalan-jalan sekitar Myeongdong, boleh singgah restaurant ni untuk makan dan solat. Lepas kenyang perot, boleh sambung berjalan di Night Market pulak.
Myeongdong Street (Night Market)
Pada sebelah malam pula kami keluar jalan-jalan di Myeongdong Street (Night Market). Seronok berjalan sini, macam-macam ada. Jualan cenderahati, baju, kosmetik dan street food pon banyak. Paling best ada beberapa stall yang kami jumpa menjual makanan halal. Sempat mencuba Candy & Jelly (buah-buahan yang dicelup gula), chicken stew dan kueh apa benda nama tah yang macam bihun halus yang dicelup tepung tu. Boleh cakap Melayu jugak Korean nih, syok melayan dia bersembang.
Tips:
Kepada pelancong Malaysia (wanita) yang gemar dengan kosmetik Korea boleh datang Olive Young Myeongdong Street . Memang besar kedai dia dan (my wife cakap) memang murah harga kt sini. Hurmmm....entahler (sambil berpaling dan berlalu pergi) 😄
- Selesai hari ketiga -