Thursday, 18 April 2019

Melancong ke Muscat, Oman Januari 2019 - Final day



DAY 4 @ 20 JAN 2019: MUTRAH

Last day kami di Muscat cadang memang nk jalan sebanyak yg mungkin. Kereta ada, jadi lebih mudah. Kami chek out hotel awal pagi. Lepas selesai sarapan, terus keluar sebab hari ni cadang nk jalan jauh sikit keluar dari Bandar Muscat. 


 
Bye for now Wanasa Hotel. Till meet again


Mutrah
Destinasi yang dituju ialah Mutrah. Tempat ini merupakan kota lama di tepi laut yang menjadi benteng pertahanan kepada Kerajaan Oman pada suatu masa dahulu. Bnyak kubu2 di atas bukit berbatu. Kini, Mutrah merupakan kota pelabuhan yang cantik untuk dilawati dan diselusuri sejarahnya.












Kami mulakan lawatan kami ke al Riyam Park, seterusnya ke Riyam Incence Burner, Mutrah Corniche, Old Watch Tower dan akhir sekali kami membeli sourvenier di Mutrah Souq.





Tips:
Jika nk ke Mutrah sebaiknya keluar awal pagi dan spend one day disana. Sebab jarak yang agak jauh dari Muscat (30 mins drive) dan sangat bnyak tempat menarik untuk dilawati.

Jangan pegi souq selepas zohor sebab bnyak kedai tutup. Waktu ini (jam 2 ~ 4ptg) peniaga2 souq berehat, solat & tidur. Sedikit sangat kedai yg bukak. Souq adalah tempat yang paling sesuai untuk membeli sourvenier dari Oman.


Penutup

OK done menulis tentang Oman. Alhamdulillah, rekod jugak dapat siapkan thread ni 4 siri sampai habis dalam masa kurang seminggu. Biasa (destinasi pelancongan lain) dapat intro atau separuh jalan ja. Mungkin sbb x bnyak pelancong yang menulis pasal Oman yang buatkan nk jugak siapkan thread ni untuk tatapan dan rujukan kawan2 yang bakal ke Muscat. Selamat membaca.

OK what next??? 

--- The End ---

Melancong ke Muscat, Oman Januari 2019 - Day 3




DAY 3 @ 19 JAN 2019: AL MOUJ – ROYAL OPERA HOUSE – QURUM BEACH






Jika semalam dah layan HM hari ni jom layan 5km. Bukan sebab recovery run, tapi ‘Teman Run’. Ye la, bukan kita ja nk lari, si Dia pon nk medal lari jugak. Jommmm!!!!




You just made it my Dear, congrats








Lepas lari nk berehat dalam bilik?, jawapannya tidak. Tukar baju start keta terus berjalan (w’pon terkengkang-kengkang sakit kaki). Destinasi kami ptg ni ialah Royal Opera House. Wow! Sungguh mempesona




Lepas puas bergamba di Opera House, kami ke al Qurum National Park. Memang purposely nk melawat taman2 yg ada di Muscat ni. Sebab masuk free diorng memang jaga sungguh lanskap taman2 diorang. Cantik sangat.






Selepas penat menapak di al Qurum, kami pegi berehat tepi pantai. Tempat paling awesome minum kopi sambil tengok Pak Arab tayang kereta2 mewah x lain x bukan di Starbucks al Shati Street, Qurum Beach.


Hari yang panjang dan penat terasa lega bila dapat hirup kopi panas sambil kena angin pantai bersama insan tersayang. chill!!

selesai untuk hari ke-3....

Melancong ke Muscat, Oman Januari 2019 - Day 2



DAY 2 @ 18 JAN 2019: AL MOUJ – SULTAN QABOOS MOSQUE - AZAIBA BEACH

Hari ni Penulis bangun agak awal, lepas solat subuh capai kasut terus keluar. Plan memang nk berjalan kaki ja ke starting line. X jauh pon. To be axect 1.7km ja. Jalan kaki pon 15min ja. Boleh la kira exercise skit sebelum berlari HM.




Marathon di sini penyertaannya x la seramai macam di Malaysia. Mungkin sukan ni masih x berapa popular di kalangan masyarakat arab. Nmpak pon macam lebih ramai org luar berbanding masyarakat disini. X pa, x ramai sangat lagi seronok. X la berlanggar bahu tepijak kaki sangat masa berlari nanti.

 



Alhamdulillah, HM Muscat memberi kenangan manis buat penulis. Dapat catatkan PB di sini. 1st half Penulis dapat kekal pace dan macam x percaya dapat catat pace yg consistant. Mau taknya, Penulis seboleh-bolehnya memang ikut rapat dengan pacesetter. Tapi 2nd half dah x daya. Cramp dah tangkap tapak kaki. Jadi terpaksa bnyak berjalan dr berlari. Tapi alhamdulillah...dapat catat 10mins lebih pantas berbanding HM SCKLM 2015.


Selesai bermarathon, Penulis jalan kaki je balik ke hotel. Tu la untungnya amek hotel yang dekat dengan venue. X payah pening2 nk cari transport bagai. Balik bilik rehat kejap pas tu keluar berjalan. Penat2 lengoh kaki pon nk berjalan jugak. Ye la, datang x lama, kalu masa bnyak habis berehat dlm bilik ja rugi la datang jauh2 (3215 miles/ 7hrs) kannn….


Memandangkan x da train di sini kami mmg plan nk naik teksi je berjalan di sekitar Muscat. Tp mengenangkan tambang teksi yg agak mahal, kami akhirnya ambil kereta sewa w’pon mmg x da dlm perancangan asal. Sebab rasanya lebih berbaloi amek kereta daripada naik teksi. Jadi kami bergerak semula ke airport untuk dapatkan kereta sewa sebab di situ bnyak pilihan. Last kami dapat toyota yaris hanya dengan kos 15 OMR (RM150) sehari.


Destinasi pertama kami selepas dapat kereta ialah Sultan Qaboos Mosque. Masya Allah cantiknya masjid ni. Sapa2 yg datang Muscat mesti kena datang masjid ni. Lanskap tamannya penuh dengan bunga2 kertas yang bermacam warna.






Petang ni x sempat nk jalan mana2 dah. Sebab spend masa yg agak lama kat masjid ni. Keliling masjid semua cantik lanskap dia. Semua angle nk amek gamba.


Lepas selesai di sini, kami terus balik. Dalam perjalanan sempat singgah kejap di Azaiba Beach. Rupanya keluarga Arab ni gemar berkelah jugak. Nmpak bnyak keluarga yg berbarbeque tepi pantai. Sempoiii...




Alang2 dah ada kereta malam ni kami berjalan. Kali ni nk tengok suasana al Mouj pada waktu malam pulak. Fuh! Memang hidup tempat ni. Bnyak parents yang bawa anak2 mereka bermain di sini. Sambil2 memerhati anak2 main, sambil menghirup kopi panas. Layannn....



Dan sebelum balik hotel, singgah beli makanan skit. Jika ada sapa2 bercadang nk bawak bekal megi baik lupakan. Kt sini bersepah jual megi dan paling best, Made in Malaysia hahahaha...

Selesai day 2...

Melancong ke Muscat, Oman Januari 2019 - Day 1



DAY 1 @ 17 JAN 2019: KUL ~ MCT





Flight ke Muscat pagi, jam 9.40am. Kami pilih waktu ni sebab waktu ketibaan di Muscat ialah pada jam 12.50 tengah hari. Sampai pada waktu begini sememangnya bagus, hari masih cerah dan awal. Senang nk memerhati kawasan dan nk cari hotel. Bila nk pegi mana2 tempat yang kita x biasa sebaiknya pilih berjalan pada waktu siang.




Muscat Airport sangat bersih dan cantik. X bnyak blog yang menulis pasal Muscat, jadi susah juga nk dapat maklmat awal. Tapi rata2 bloggers semuanya memuji negara ini kerana cantik. Memang tepat sekali. Negara arab ni jauh lebih bersih dan mempunyai lanskap yang sangat cantik.



Biasa kalu melancong Penulis lebih gemar naik train sebab murah. Tapi memandangkan Oman belum ada perkhidmatan ni, maka penulis x da pilihan melainkan naik teksi. Teksi Airport Muscat bersih dan selesa. Perjalanan ke hotel juga selesa sebab jalan raya di Muscat sangat luas dan tak da kesesakan trafik. Nasib dekat jarak dari airport ke hotel jadi tambangnya x la mahal sangat. 7 OMR. Hahaha....bunyi macam murah kan....tapi bila convert jadi RM70. Gila, jarak dalam 6km dan perjalanan x sampai 15mins pon kena pow sampai RM70. Huhuhuhuh....bertabahlah....matawang kita terlalu rendah berbanding Omani Riyal.



Hotel yang kami tinggal ni bertaraf 2 bintang. Bersederhana ja....budget travel la katakan. Nk bayar mahal2 buat pa nk tidur kejap jer kan. Hotel agak OK, selesa da luas. Paling best, sangat bersih. Lokasi agak ok tepi jalan utama. Senang nak tahan teksi. Tapi kedai2 agak jauh. Yang ada tepi2 hotel pon kedai makan ja.

 

Selesai chek in hotel, rehat kejap dan solat, penulis terus tahan teksi untuk ke al-Mouj. Tambang x mahal, 1 OMR shj (yaaa....sepuluh ringgit) untuk jarak 2km dan kurang dr 5mins. Hahahha. Al-Mouj merupakan Marina towhship mewah yang terletak di tepi laut Gulf of Oman. Kt situ terdapat deretan rumah2 agam cantik dengan kereta2 mewah. Ada pasaraya, ada yatch club dan paling best ada deretan kedai2 kopi santai yang cool. Lepak minum disitu rasa macam minum kopi di lorong2 di Paris. Yaa....so cool!



Selepas singgah mart beli belah sikit kami pulang ke hotel. Malam x jalan mana2 pon. Rest la esok hari nk lari jauh. Rehat kena cukup. Paling sengal skali masa balik teksi charge 2 OMR. X guna, mentang2 amek customer dr al Mouj semua dia nk pow sbb dia ingat semua org kaya kat sini. Dia x tau aku sengkek blanja jimat2 ja ni.

Selesai Day 1….