Friday, 1 December 2017

Melancong ke Gold Coast Australia Julai 2017

Melancong ke Gold Coast Australia Julai 2017

Gold Coast Australia antara percutian menarik utk dilawati. Negara yg aman, Mindset penduduk yang maju, kemudahan awam yg bagus, pantai yang cantik membuatkan pelancong ramai menghabiskan cuti mereka di sini.
Ini merupakan kali ke-2 penulis ke Negara ini selepas Sydney pada 2016. Nmpak gayanya OZ macam percutian tahunan kami sekeluarga. Hahaha...



Persediaan sebelum bertolak

1) Tiket Penerbangan


Macam biasa AirAsia menjadi pilihan (gila ko nk amek MAS mahal nk mampos!). Tiket x da la amek awal sangat (sbb penulis bukan ticket hunter mcm sesetengah org tu) so that y kami dpt tiket yg biasa2 ja tp still mampu milik. Kami pilih penerbangan malam sebab senang budak2 semua tido; bangun2 sampai Gold Coast (GC) ja dh siang. Seat pulak better buat tempahan pilihan sbb senang kumpul sekali (tp kena bayar lebey la); kalu x tempah buatnya duduk bersepah...hmmm...
Inflight meals plak better pre booking. Penerbangan 8 jam kot...kompom lapar. Kalu x book awal boleh je beli onboard tp mahal doh. 

Tips:

# pre book in flight meals utk dapat harga yg lebih murah.


2) Pakaian


Pakaian ni penting jg sebenarnya. Sbb OZ negara 4 musim. Bila dtg time summer memadai bawa baju nipis2. kalu dtg time winter beg besar & berat sikit la sbb kena bawak sweater bagai.

Tips:


# x yah bawak baju bnyak2 macam nk g setahun. GC bnyak baju cantik2 & murah2 lg. 

# kalu dtg time winter x payah bwk winter jacket yg tebal + berbulu serigala bagai. GC x da snow. Memadai jacket/sweater yg sederhana tebal ja.



3) Hotel/ Apartment


Sila booking siap2 sblom dtg. Blk mmg bnyak besepah2 dkt online tu. Kalu dtg honey moon bleh amek hotel. Kalu dtg berkeluarga better amek apartment. Harga sila ikut kemampuan. Hahaha...


Tips:

# kalu pegi berkeluarga bagus amek apartment..bleh masak & basuh baju bagai



Day 1: 28 Jun 2017 (Rabu)

23:50h Boarding, baca doa naik kenderaan dan fly to GC. Penerbangan amek masa +-8jam. Dalam kapal terbang tido...makan...tido...

Tips:

# Sila bawak bantal & selimut sendiri. Flight mlm sejuk woo!!!. Nk yg AA pon ada tp kena bayar la.



Day 2: 29 Jun 2017 (Khamis)

09:50h  Tiba di Airport OOL GC


Pasport clearance then beg checking oleh Customs Airport (yg ni selalu menjadi mimpi ngeri pelancong sbb ada yg beg kena punggah & checking by Anjing Pengesan. Nasib kami baik pagi tu...officer tu tanya ada bawak apa barang terlarang dlm beg...aku berterus terang. "Kami bawak ikan bilis utk makan & susu powder utk baby, yg lain x da sbb we know ur rules" chewah gitu. Alhamdulillah...kami terus ditunjuk lorong keluar no 1. Kalu nk tau lorong ni adalah menjadi idaman semua org...x payah check beg langsung...terus keluar ja. Kalu lorong 2, 3 ....aku x tau lah apa nasib diorang. Huhuhu...


Beli Sim Card


Benda yg korang harus buat dulu slps keluar arrival gate ialah cari sim card. Berdasarkan pembacaan blog kami beli Opus sim card. X payah pening2 kpala amek je pakej yg AUD10 utk 5 hari (penggunaan AUD2 sehari). Sangat cukup korang gunakan data utk search/ dptkan maklumat tempat2 menarik dan yg paling penting bleh chat WA, update status FB & google map.




Airport Transfer


Lepas dpt sim card bleh g cari teksi/ kereta sewa utk ke hotel. Kebanyakan aku tengok pelancong M'sia ramai yg sewa keta atau amek chartered X'ion. Tp sebenarnya amek airport teksi terus lg jimat. Utk Mexi (van) kami kena AUD65 shj utk ke Surfers Paradise (SP) berbanding X'ion yg charge AUD110 ke tempat yg sama. Utk makluman, x da train dr airport terus ke SP. Yg ada hanya bas & texi.




Check in Hotel

11:00h Tiba di hotel. Percutian kali ni kami pilih Hilton Surfers Paradise Residence. Bunyinya macam mahal kan?...hehehe...tp berbaloi sangat dgn harga yg kami kena utk apartment 2 bilik. Sangat luas & selesa.

Boleh memasak, ada dapur pinggan mangkuk peti ais microwave dll. Boleh basuh baju jg ya siap ada dryer & iron skali. Terbaikkk!!!
Polisi hotel hanya boleh check in jam 3. Jadi dok melahu la kami di loby hotel. Jika bernasib baik kalu ada yg chek out awal...boleh la masuk awal.


Makanan Halal

Masyarakat muslim ni macam biasa la...mana2 pegi makanan halal tu adalah kewajipan. Tp jgn bimbang...OZ mmg ada bnyak kedai makanan halal. Especially kawan2 Turki dan India kita yg bnyak bukak kedai2 kebab dan curry. Jadi sepanjang berada di SP makanan ruji kami ialah kebab & pizza selain megi & brahim yg dibawa dr M'sia.




Tips:


# x payah bawak meggi bnyak2 sangat. Sebab kt OZ ni besepah2 kedai jual megi. Made in Malaysia lagi. Hahahaha

# beras pon x payah bawak kot. Kt supermarket sini belambak2 jual beras. Makanan dlm tin citarasa Asia pon ada.




Ok cukup dulu untuk maklumat awal percutian ke Gold Coast OZ. Next entry kita cita tempat2 yg harus dilawati pulork! kbai.


---- to be continue ---


4 comments:

  1. mohon share sambungan ceritanya ye.. really need more info.. thanks

    ReplyDelete
  2. sory mira rashid, belum diberi kekuatan untuk menulis. hahaha

    ReplyDelete
  3. Mana sambungannya. Tak sabar nak tau

    ReplyDelete
  4. salam,, sambungan part 2 mana yeah. please...

    ReplyDelete