Monday, 9 December 2024

MELANCONG KE SEOUL, KOREA MAC 2024 (DAY 4)

 Gangnam - COEX Mall - Starfill Library - Itaewon - Seoul Mosque


Semangat untuk meronda dan berjalan di bumi Korea masih tinggi walau dah masuk hari ke-4. Tapak kaki yang dah mula sengal-sengal ni pon tak melunturkan semangat untuk explore apa lagi yang menarik di Seoul nih.

Hari ni hari Sabtu. Penulis menjangkakan weekend di Seoul akan lebih sibuk berbanding weekday. Tambah pula hari ni kami plan untuk ke Gangnam untuk jumpa penyanyi Pop Korea terkenal dengan tarian kuda tu. Harap-harap kami tak senak dihimpit para Oppa dan Noona dalam train di Samgakji dan Dongjak tu. 

Macam biasa perjalanan kami ke Gangnam menaiki train. Hanya ada 1 stesen pertukaran dan perjalanan tak ambil masa yang lama (less than 1 hour). Setibanya di Gangnam kami sekeluarga terus menuju ke COEX Mall. Sebab apa nk masuk Mall ni, ya sebab nk ke Perpustakaan untuk membaca buku dan menjadi pandai (hahaha). 


To be continue.....

Saturday, 30 March 2024

MELANCONG KE SEOUL, KOREA MAC 2024 (DAY 3)

Gyeongbokgung Palace - Gwanghwamun Square - Cheonggyecheon Stream - Myeongdong Street (Night Market)

OK, semalam dah penat jalan jauh ke Nami, jadi hari ni kami sekeluarga jalan dekat-dekat ja. Sebab tourist attraction ni dekat-dekat, jadi banyak jugak la yang sempat kami singgah & explore. Destinasi pertama kami adalah ke kedai Hanbok. Dari Myeongdong Station kami naik train ke Gyeongbokgung Station. Destinasi tak jauh pon, kurang dari 10 minit. Sebenarnya joging pon boleh, tapi sebab dengan anak-anak ramai ni, pepaham ja la. Untuk ke Gyeongbokgung Station, kami naik train (Line 4) sebelum tukar ke train (3) di Chungmuro. Lepas 3 station, sampai la kami ke Gyeongbokgung Station. Paling bestnya keluar ja subway (Exit 4) terus nampak kedai sewa hanbok ni. Bersepah-sepah kedai sewa Hanbok dengan bermacam-macam corak dan warna. Rambang mata dan pening juga nak memilih. Rancangan asal nak tengok & sewa baju-baju di Daehan Hanbok (Good Review), tapi bila sampai depan pintu kedai, tu dia...kena naik tangga la pulak. Baju-baju semua di aras atas. Nak senang, kami ke kedai sebelah ja. Tak kurang cantik dan murah juga di kedai tu. Kadar sewaan KRW 9,000 untuk 1 jam dan KRW 15,000 jika nak menyewa pakai seharian. Ofkos la orang akan sewa seharian kan. Mana sempat nk melaram & bergambar kalu sewa sejam. Harganya sama saja untuk baju lelaki atau perempuan. Cuma kalu kita nk tambah aksesori seperti topi dan pedang untuk lelaki kena bayar tambahan KRW 5,000 setiap satu. Jadinya baju KRW 15,000 + topi KRW 5,000 + pedang KRW 5,000. Total 'hangus' KRW 25,000 (RM 88.00) seorang. Itu belum perempuan. Nak hiasan kepala harga lain, nak tambah aksesori harga lain. Hatta nak sewa cekak kepala pon KRW 5,000 (RM17.50), baik beli & bawak dari Malaysia ja. 😄

Tips:

Jika nk masuk ke Gyeongbokgung Palace, pastikan pakai pakaian Hanbok yang lengkap. Kalu tak lengkap, jawabnya memang kena bayar entrance fee. Sebelum masuk ke istana memang ada staff yang jaga & check pakaian Hanbok kita. Nak dijadikan cerita, anak lelaki Penulis hanya mengenakan baju sahaja bersama topi. Seluar dia x ambil sebab rasa macam x perlu. Nak bergambar bukan nmpak sangat seluar kan, baju ja yang penting. Sudahnya orang lain semua masuk free, dia sorang ja kena tahan & kena bayar KRW 3,000 (RM10.50) untuk masuk. Naya Pak Karim! 
















Gyeongbokgung Palace ni memang luas. Nak berjalan tu memang penat jugak. Spot bergambar yang cantik juga banyak, tapi itu lah...orang pon boleh tahan ramainya. Bila nak shoot gambar ja, akan ada la orang lain menyemak termasuk dalam frame; photoboom gituh!


Gwanghwamun Square (King Sejung & Admiral Yi Sun-sen statue)



Kami jalan-jalan & bergambar dalam Gyeongbokgung Palace tak lama, sebab tak tahan sejuk. Nak pakai Hanbok tu kena bukak semua jacket/ sweater bagai. Jadi sapa yang tak tahan, memang akan mengigil kesejukan. Lepas selesai pulangkan hanbok kami jalan-jalan depan Gwanghwamun Square. Kat dataran ni ada King Sejung statue. Kalu nak tahu, King Sejung ni adalah Raja ke-4 dari Dinasti Joseon. Raja yang paling hebat dan terkenal dalam sejarah Korea. Pada zaman King Sejung ini jugalah Hangul (tulisan Korea) mula diperkenalkan. 



Selepas King Sejung statue, kita akan dapat melihat statue Admiral Yi Sun-sen. Statue ini dibina pada April 1968 sebagai memperingati Admiral perang korea pada kurun ke-16 yang berjaya menewaskan Angkatan Laut Jepun semasa Perang Imjin.


Cheonggyecheon Stream

Meneruskan berjalan kaki pada tengah hari yang amat sejuk itu membawa kami sekeluarga ke Cheonggyecheon Stream. Saliran sejauh 10.56 km ini mempunyai sejarah tersendiri kepada bandar Seoul. Nama asal salinaran ini adalah Gaecheon dan ia merupakan sistem saliran bandar Seoul semasa pemerintahan King Joseon dulu. 

Macam yang kita semua sedia maklum, kualiti air di negara Korea ni kelihatan jauh lebih baik berbanding Malaysia, terutamanya air longkang. Mungkin diorang tapis dengan Coway atau Cuckoo agaknya. 


Kim Seri Restaurant

Selesai di Gwanghwamun Square, kami terus balik ke Myeongdong menaiki train. Memang best betul stay kt sini, makanan halal banyak. Sampai ja Myeongdong station, keluar kat Exit 1 terus jumpa kedai Kim Seri. Makanan kat sini ok jugak, tapi harga dia lebih mahal berbanding Restaurant Kampungku.


Tips:

Untuk makluman semua, Kim Seri Retaurant juga ada menyediakan ruang solat di tingkat atas kedai mereka. Kalau kita jalan-jalan sekitar Myeongdong, boleh singgah restaurant ni untuk makan dan solat. Lepas kenyang perot, boleh sambung berjalan di Night Market pulak.


Myeongdong Street (Night Market)

Pada sebelah malam pula kami keluar jalan-jalan di Myeongdong Street (Night Market). Seronok berjalan sini, macam-macam ada. Jualan cenderahati, baju, kosmetik dan street food pon banyak. Paling best ada beberapa stall yang kami jumpa menjual makanan halal. Sempat mencuba Candy & Jelly (buah-buahan yang dicelup gula), chicken stew dan kueh apa benda nama tah yang macam bihun halus yang dicelup tepung tu. Boleh cakap Melayu jugak Korean nih, syok melayan dia bersembang.





Tips:

Kepada pelancong Malaysia (wanita) yang gemar dengan kosmetik Korea boleh datang Olive Young Myeongdong Street . Memang besar kedai dia dan (my wife cakap) memang murah harga kt sini. Hurmmm....entahler (sambil berpaling dan berlalu pergi) 😄


- Selesai hari ketiga - 



Friday, 29 March 2024

MELANCONG KE SEOUL, KOREA MAC 2024 (DAY 2)

 Myeongdong - Nami Island 

Penulis jarang makan nasi pagi-pagi. Tapi memandangkan hari ni nak jalan jauh, maka kami sekeluarga breakfast dulu siap-siap di rumah. Makan nasi instant yang beli kt convenient store semalam. Lauk kami masak ja Brahim yang dibawa dari Malaysia dan sambal ikan bilis kering. Cam ni la cara nk berjimat. Kalu tiap2 hari, pagi - tengah hari - malam makan kat kedai memang bocor la poket. Sekali makan (sekeluarga) dah RM300 - RM500. Kalu sehari 3x makan, hurmmm....

Lepas sarapan dan bersiap kami sekeluarga keluar dari rumah. Cuaca di Myeongdong baik pagi ni, alhamdulillah. Jam menunjukkan 9.15 pagi, matahari dah naik. Nampak panas, tapi suhu 1 degree C...huh! Waktu cam gini seronok berjalan kaki. Tak terasa penat dan tak berpeluh. Tapi tak tahan bila angin tiup la, sejuk menggigil. Nak senyum sangat pon x boleh sebab rasa pipi macam beku.

Plan hari ni nak pegi 2 tempat. Nami island dan masa balik nak singgah Itaewon untuk dinner. Memang penulis dan keluarga cadang naik train saja ke sana. Walaupun jarak Myeongdong ke Nami Island agak jauh, tapi pengangkutan awam korea memang efficient. Dari Myeongdong kami naik train (Line 4) ke Dongdaemun dan tukar train (Line 1) terus ke Hoegi Station. Tiba di Mangu kena tukar train lagi. Kali ni ambil Green Line hala ke Chuncheon. Train ni akan terus ke Gapyeong. Memang agak tricky. Tapi jangan bimbang sebab semua akan ditunjukkan dalam Naver Map tu. Kita tinggal ikut ja. 

  • Myeongdong - Dongdaemun  (Line 4)
  • Dongdaemun - Hoegi Station (Line 1)
  • Hoegi Station - Mangu Station (GJ Line)
  • Mangu Station - Gapyeong Station (G Line)

Perjalanan kami dengan train ambil masa 2 jam. Setibanya di Gapyeong Station, kita ada 2 pilihan sama ada nak naik bas atau teksi ke Ferry Terminal. Naik bas KRW 1,500 sorang. Kalu naik teksi KRW 5,000 untuk satu kereta. Jadi penulis ambil teksi sebab lagi jimat dan cepat


Untuk masuk ke Nami Island, kita kena beli tiket khas. VISA konon-kononnya. Harga masuk untuk seorang dewasa KRW 16,000 (RM55.00). Jadi kalu korang datang satu keluarga 8 orang, kali sendiri la dah berapa kos dia kat situ...huhuhuh.....Perjalanan dari Terminal Ferry ke Pulau Nami hanya mengambil masa 15 minit

Tips:

Masa masuk ke feri, cepat-cepat naik & ambil tempat duduk kt atas. Cruise dari atas deck lebih seronok sebab kita akan dapat melihat pemandangan cantik dan merasa sejuk angin luar berbanding duduk di bahagian dalam ferry. Nak bergambar pon cantik dari deck ni.


Nami Island

Pulau ni agak luas kalu nk jalan ke semua tempat. Restaurat untuk lunch pon banyak. Muslim friendly pon ada. The best part, nami island ni ada restaurant Halal dan tempat untuk solat. Surau dia sangat bersih, kemas dan selesa.




Macam biasa, kalu datang Nami Island ni wajib cari port ni untuk bergambar. Kalu tak da gambar kat sini memang tak lengkap atau belum cukup syarat nk cakap penah sampai Nami Island. 












Last ferry untuk ke Terminal adalah pada jam 9.00 malam. Tapi penulis advise better jangan balik malam sebab sejuk yakmat. Jangan ambil ferry lewat petang juga (Jam 5 - 6), kerana ini waktu puncak yang kebanyakan orang akan keluar dari pulau. Sebaiknya keluar awal sikit (sebelum jam 5).

Untuk balik semula ke Gapyeong, sama juga. Korang boleh tunggu bas atau naik teksi ja lebih cepat. Kalu orang ramai, memang tak daya nak tunggu bas waktu petang yang sejuk tu. Tempat menunggu bas dia pon comel sangat, tak ramai yang boleh masuk. So, better ambil teksi ja - KRW 5,000 (RM17.50). Dari Gapyeong balik ke Myeongdong sama juga, naik train sahaja. Cuma peringatan untuk semua, Station Gapyeong ni juga adalah transit station untuk Express Train ke Seoul. Jadi jangan silap naik. Kalu tak, kena bayar tiket asing dan mahal (Tak boleh pakai T-Money). Penulis sekeluarga sampai ke Seoul dah hampir jam 7 malam. So, tak jadi ke Itaewon malam ni sebab semua dah penat. Sampai Myeongdong singgah convenient store beli nasi dan singgah Restaurant Kampungku beli ayam goreng cili dia tu. Malam tu kami dinner makan kt rumah ja. Lebih selesa makan sambil-sambil layan citer Korea.


- Selesai hari kedua -