Manila bukanlah destinasi pilihan ramai orang. Penulis pon sama. Tak da dalam wish list pon. Dan tak da sebab menarik pon untuk ke sana. Kota besar yang padat dengan jeepney, beca dan kereta ditambah dengan populasi manusia yg ramai buatkan diri rimas dan tak selesa. Kotor jangan cakap la. X payah bandingkan dengan Singapore, Tokyo atau Seoul. Jauh sangat tahap kekemasan dan kebersihan bandar dia. Tapi disebabkan penulis ada program di Manila pada Sept yg lalu buatkan kaki ini gagah melangkah di celah2 bangunan di Pasay sambil cuci2 mata di Makati dan Aseana City.
Persiapan ke Manila.
Manila bukan negara 4 musim w'pon berada lebih jaun nun dia atas Malaysia. Cuaca sama dengan KL. Cuma kt sini lebih kerap kena typhoon, angin kuat dan hujan berbanding Malaysia. Jadi tak payah berangan nk beli baju sejuk, sweater tebal2 atau winter boot kalu nk ke Manila. Cukup dengan round neck t-shirt bersama khakis coklat yg seakan2 sama dengan warna lusuh bangunan di sekitar Baclaran.
Bagi pelancong2 dr Malaysia, Kerajaan Phillipina x kenakan visa pon kalu nk masuk ke sana. Jadi x perlu pening2 kepala nk apply visa bagai. Cukup korang tukar duit Philipina Peso (PHP) siap2 di KL utk ke sana ja.
Ada bnyak penerbangan ke Manila dr KL. Tp mcm biasa...AA menjadi pilihan. sbb?...hehehe murah. Perjalanan dr KL ke Manila +-4jam. Jadi baik pesan inflight meals siap2 kalu idak, kebulur korang tengok member sebelah dok bedal Nasi Lemak Pak Nassir tu.
Talian telefon/ Data internet
Benda alah ni penting walau di mana berada. (Termasuk ketika dlm jamban) Penulis cadangkan amek pocket wifi. Boleh pilih beberapa data provider kt KLIA2 tu. Harga pon beza2 ikut langganan data. Cuma advise penulis, baik buat tempahan awal. Kalu tak, melepas (macam penulis konon2nya nk ambil masa walk in...tup2 stock habis).
Makanan
Di Kota besar Manila ni memang la ada kedai/ restoran halal. Kalu gugel tu nmpak ada jugak la 5 ~ 6 kedai. Tapi sebaiknya (macam kembara d tempat2 lain) elok bawak sedikit makanan dr malaysia. Mana tau kot2 kedai halal tu jauh dan cari x jumpa ka. At least dengan bekalan makanan yg ada boleh la lapik perot skit. Cam biasa Pak Brahim, Maggi dan coklat2 halal dari Malaysia memenuhi sebahagian ruang dlm beg pakaian ni.
Day 1:
AA ada menyediakan 4x penerbangan ke Manila setiap hari. 2x flight pagi, 1x ptg dan 1x malam. Boleh pilih mana yg nk ikut selera tekak masing2. Tapi sebaiknya amek flight pagi sbb nanti senang sampai sana hari masih cerah. Nk bergerak pon senang.
Penerbangan
Penulis amek flight jam 1050H. Lepas melahap nasi lemak Pak Naser (yg sedap tu) dgn kopi serta tidor sekejap sambil berdengkur sikit2 maka sampailah ke kota Manila pada jam 2.40pm.
Immigresen di Manila tak la terlalu ketat spt d Sydney atau Gold Coast. Beg korang dia x bukak langsung pon (tp dgn syarat korang x bawak barang terlarang la). Lepas clear semua keluar je dr 'arrival' pastikan korang bergamba kt sini....
Sim Card
Pas tu keluar dr terminal ada bersepah booth jual sim card. Ok, bagi mereka yg x sewa pocket wifi (atau x active roaming cam aku ni) boleh je beli sim card di terminal ni. Harga ikut package data yg ada. Aku amek 1G ja utk 7 hari. Harga 400PHP (RM30). Lebih dr cukup kalu korang sekadar nk text WA update FB/ IG dan on google map utk elakkan sesat.
Grab Car
Keluar je dr Terminal (AA landed di terminal 3 NAIA) terus cari grab. Kalu nk tau kota Manila ni bersepah grab dia. Senang sangat kalu nk dptkan grab. X payah gatal2 nk sewa keta. Mahal satu...ko nk redah jem tu satu lg yg x tahan. Baik ko pakai drebar (grab). Harga pon agak berpatutan dan x perlu takut kena tipu sbb ko dh tau harga awal2 sblom naik. Taxi????...no komen!
Hotel
Hari pertama penulis pilih bermalam di Manila Bay. Sebab cadang nk jalan2 di Rizal Park...dekat (itu sebab utama pilih hotel ni selain mendapat rating yg bagus dlm review). Hotel ni pon bersih, kemas dan cantik. maklumlah...hotel agak baru. Lokasi jugak ok sebab dekat dengan attraction points.
Cancel Program 1st day
Plan sampai Manila lepas letak beg, rehat kejap, solat dan membuang apa yg patut ingat nk g jalan2 sekitar Rizal Park. Tapi hujan telah turun. Tengok Berita Kota manila dan kawasan sekitar telah dilanggar typhoon. Ya Allah...shukur....amek flight awal dan selamat landed sebelum tu. Kalu sapa yg amek flight malam penulis rasa flight diorang mesti divert ke airport lain. Alhamdulillah. Jadi program malam hanyalah duduk bilik tengok tv citer pinoy sambil makan maggi kari.
...selesai Hari Pertama (Cerita hari ke-2 dan seterusnya mgkin tahun depan baru keluar....tu pon kalu rajin....harap2 x jadi macam Sydney, GC dan Sapporo...kakakaka)
to be continued....
No comments:
Post a Comment