Hahahah.....syukur alhamdulillah....gayanya post ke-2 Manila ni dapat keluar awal dari yang dijangkakan.
Day 2: Manila - Subic Bay
OK, Plan Hari ke dua lepas breakfast terus nak gerak ke Subic. Ye la....Subic 4 jam kalu naik bas (tu pon kena tukar-tukar bas). Kalu naik keta lebih kurang 2 1/2 jam. Jadi kena gerak awal. Distance pon agak jauh, 170km dr Kota Manila.
Bangun ja pagi tu nmpak cuaca sangat tidak baik. Nmpaknya Typhoon masih membedal Kota Manila pagi tu. Dilaporkan berita yang mana Manila sedang berdepan Typhoon Ompong pada kategori pertama (Stage 1). Ya Allah tuan2, w'pon stage 1, aku dh jadi takut. kebetulan tingkap bilik hotel boleh nmpak laut/pantai. dia punya angin.....huh! gerun. pokok2 pon ada yang tumbang. bumbung rumah jangan cakap la. dari malam tadi dok dengar tung tang....tung tang...CNN melaporkan juga tempat yg penulis nk pegi esok berada pada stage 2. Adooyyaiiii...lagi la kuat typhoon nya.
Jadi pagi hari ke-2 penulis hanya duduk diam2 d bilik hotel layan FB sambil mata jeling2 luar tingkap menunggu angin reda. Akhirnya pada jam 2 ptg cam tu hujan dah berhenti. Angin pon dah semakin perlahan. Jadi kesempatan ni penulis ambil untuk keluar meninjau di kawasan sekitar hotel.
Dengan tidak buang masa, penulis berjalan ke Rizal Park. Walking distance 6mins jer dari hotel. Alhamdulillah, dapat jugak rakam sedikit gambar kenangan di Rizal Park.
Berdekatan Rizal park ada bnyak lagi monumen. Kerajaan manila ni diorang hargai sumbangan dan jasa pejuang2 dan golongan bijak pandai diorang menerusi binaan tugu. Jadi bnyak yang kita boleh lawat dan belajar sejarah diorang.
Ninoy & Cory Aquino Monument
Miguel Lopez de Legazpi & Andres de Urdaneta
Cuaca baik petang tu, redup berangin (lepas typhoon) jadi berjalan jauh x terasa penat sangat. Lepas bergambar kt tugu2 tu penulis terus gerak ke Intramuros. Ya, jalan kaki ja. hahahah....kalu ikut distance dalam 1.5km dr hotel. tp sebab disepanjang jalan nk ke sana ada bnyak attraction points utk bergambar membuatkan berjalan jauh ptg tu x terasa sangat.
Singgah bergambar di Plaza Roma dulu sebelum ke Intramuros
Intramuros ni sebenarnya satu kawasan yang bersejarah bagi Negara Philippina. Kawasan luas yang dikelilingi dengan tembok ini dibina oleh Sepanyol semasa memasuki Negara ini pada 1570's. Jadi memandangkan kawasan dia luas sangat dan nk masuk pon kena bayar maka penulis jeling dari luar jer. cukup lah. nanti kalu org tanya ko dh sampai intramuros, kompiden aku jawab 'dah!'
Jam dah menunjukkan 4ptg. Plan nk ke City Hall tp jauh jugak nk menapak. 20mins. Jadi baik balik hotel je. otw balik singgah di km 0. Ini pon tempat yang wajib amek gamba.
Dongak ke langit nmpak cuaca macam dah pulih. Langit pon dh x gelap sangat dengan awan hitam. Jadi petang tu jugak buat keputusan untuk gerak ke Subic. Kalu amek bas, kompom sampai lewat malam. Jadi booking grab. Aiseymen, x da yg nk ke Subic pulak. Mungkin sebab baru lepas typhoon takut jalan rosak, pokok tumbang bagai agaknya. tambah plak hari dh petang. Jadi penulis call grab texi jer. Alhamdulillah ada yang boleh ke Subic. Tambang Grab Texi plak jauh lebih murah dari Grab Car...biar betik!!!
Perjalanan ke Subic lancar alhamdulillah. x de banjir atau pokok tumbang bagai. Dari manila kami gunakan lebuh raya ja. 2 jam 1/2 dah sampai Subic Bay. check in hotel dan malam tu rest sebab esoknya ada BIG event. Macam biasa, menu makan malam adalah dari Abg Berahim. huhuhuhu....
To be continue...