Sunday, 19 June 2016

Berbuka Puasa di TenOnCall KLCC

Alhamdulillah....Ramadhan kembali lagi. Syukur kita masih diberi nafas untuk melalui bulan barakah ini sebaiknya. Selamat menjalani ibadah puasa terutamanya berterawikh di malam harinya.

Antara post yang paling best di bulan Ramadhan (selain shoping raya) ialah lokasi berbuka puasa. Untuk tahun ni kita mulakan dengan sesi berbuka puasa di TenOnCall KLCC.

Sepertimana biasa, penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang alhamdulillah diberi ruang dan peluang untuk berbuka di situ pada 8 Ramadhan yang lalu.

Penulisan akan berkisar tentang komen/ cadangan dari aspek kualiti dan kepelbagaian makanan, keselesaan tempat makan, kemudahan surau untuk solat, pakir kenderaan dan perkara-perkara lain yang boleh membantu rakan-rakan untuk memilih destinasi berbuka puasa mereka nanti.
 
Destinasi: TenOnCall KLCC

TenOnCall bukan berada di dalam hotel lima bintang. Bukan juga restoran mewah di mana2 KLHotSpot. Pada penulis ia hanya merupakan satu ruang makan yang selesa, ekslusif dan agak mewah yang berada sebumbung dengan KLCC. Ya, Kuala Lumpur Convention Centre yer...bukan Suria KLCC.

Lokasi berbuka puasa pilihan penulis kali ini berada di tingkat 4 KLCC. Pada 8 Ramadhan tersebut, pelanggan tidak begitu ramai. Mungkin warga kota belum mula ghairah untuk berbuka di luar (hotel).

1) Pakir Kenderaan
Sesiapa yang hendak ke sini, boleh pakir di basement KLCC jer. Dari basement boleh terus naik lift ke tingkat 3. Kadar harga pakir...macam biasa (harga key ell). 



Tips:
i)  masuk selepas jam 6 sebab ia akan dikira RM8 per entry.
ii) cari pakir yang berdekatan dengan lift tengah (Glass Capsule Lift) sebab kita akan keluar terus di TenOnCall.

2) Lokasi berbuka puasa
Tempat makan ini berada di aras 4. Jika pelanggan masuk menerusi basement parking, boleh ambil mana2 lift tetapi sila keluar di aras 3 kerana pelanggan perlu daftar/ reservation check di kaunter khas yang disediakan terlebih dahulu. Bila nama/ tempahan dah ada, staf bertugas akan maklumkan no meja.

Secara umum, penulis suka tempat ni. Dekorasinya sederhana tapi tersusun dan cantik. Susun atur kerusi meja juga tidak terlalu padat. Jadi kita boleh makan dengan selesa tanpa perlu berasak-asak dan belanggar-langgar dengan orang.

3) Juadah berbuka 
Makanan...hmmm....memang banyak dan sangat menyelerakan. Macam-macam ada ...nasi..mee...kueh2 melayu..sate panggang...kambing golek....macam2 lagi lah! cuma larat makan ke idak jer..





Tips:
i) Penulis nak mencadangkan pengunjung mencuba Mee Kari TenOnCall. Perghhh...memey terangkat!
ii) Satey panggang dia juga sedap. Lain dari yang lain. (Wajib cuba ;p) 

4)  Surau
Surau bukan di aras 4 (ruang makan) yer!. Pengunjung kena turun ke aras 3 dan kena berjalan sikit. Tapi jangan bimbang....Signage surau & tempat berwuduk diletakkan dengan jelas. Jadi ia amat memudahkan orang ramai yang hendak menunaikan solat. Pihak KLCC telah menyediakan kemudahan untuk solat yang lengkap. Selipar dan kemudahan lain untuk solat (kain persalinan, kerusi untuk mereka yang uzur) juga disediakan secukupnya. Tempat berwuduk juga sangat selesa. Ruang solat.....memang luas...terbaik!





 
5)  Kemudahan/ Perkhidmatan lain
hmmm....rasanya tak de kot melainkan basic need kepada pengunjung yg nk berbuka puasa.

Kesimpulan
Kalau tak nak ke hotel tapi nak merasa servis makan macam kat hotel boleh ke TenOnCall. Makanan pelbagai dan sedap2 belaka. Lokasi (tempat makan) selesa dan tidak bersesak sangat. Paling penting, kemudahan untuk solat yang memang thumbs up!.

Rating iftar Ramadhan tahun 2016 diberikan kepada TenOnCall...'4 Bintang'.