Jarang skali lepas pegi suatu tempat tu, nak terus menulis. Tp kali ni rasa semangat lain macam. Sebab teruja dalam Kota Raya Kuala Lumpur ni selain Bukit Nanas, rupanya ada juga hutan simpan yg cantik dan dijaga dengan baik. Facilities pon bagus. Ok jom kita review.
Taman Tugu Kuala Lumpur
Lokasi
Taman ni terletak betul2 tengah bandar. Nak senang cari ja Tugu Negara. Drive lagi naik ke atas tak sampai 5 mins akan nampak pintu gerbang masuk ke Taman Tugu ni.
Masuk tak kena bayar, parking pon banyak dan senang. Pon tak kena bayar jugak. Itu yg best. Tapi pihak taman ada la letak tabung untuk sumbangan orang ramai. Jadi support la sket kan. Bukan utk apa pon, utk diorng maintain facilities dan keindahan taman tu jugak.
Ok sebelum berjalan, better tengok map dulu. Bukan takut sesat, cuma better decide nak amek laluan mana dengan anggaran masa trekking ikut kemampuan korang. Utk 1st time, penulis amek jalan paling jauh sebab nk try berapa lama masa utk amek biggest loop.
1st time masuk dah teruja. Taman ni dibuat, diselenggara dengan cantik. Mgkin juga sebab dia baru dibuka (sept 2018) maka facilities dan papan tanda arah semuanya masih elok dan jelas.
Laluan denai juga sangat selesa. Tidak terlalu sempit dan tidak juga terlalu luas. Pihak taman telah letak batu2 kerikil kecil di sepanjang laluan untuk grip dan mengelak dari tergelincir. Bagus 👍
Pada tebing2 yang agak bahaya, pihak taman telah letak pagar bertali. Jadi pengunjung dapat mendaki dengan selamat.
Taman ni jugak agak kids friendly. Jadi pengunjung boleh ja bawa anak2 bersekali. Di sepanjang laluan, ada beberapa buaian untuk anak2 hilangkan bosan ketika mendaki.
Terdapat jugak anak sungai kecil di somewhere at CP 16 ~ 17. Memang cantik. Gazebo pon ada utk berhenti rehat sambil makan/minum (kalu bawa bekal la).
Pada pandangan penulis, pengunjung tak perlu risau pasal sesat. Sebab di setiap simpang denai akan ada papan penunjuk arah ke CP berikutnya. Tambahan pula ada juga di sesetengah CP diletakkan peta keseluruhan taman. Jadi para pengunjung tahu di mana mereka berada pada waktu tu.
Kemudahan Pengunjung
Pihak taman telah menyediakan kemudahan yg lengkap kepada pengunjung. Ruang makan yang selesa dan berbumbung, tandas dan surau yang selesa juga terdapat di The Forest House (pintu masuk utama).
![]() |
Surau yang baik dan selesa |
![]() |
Kemudahan tandas yg disediakan kpd pengunjung |
Kesimpulan
Penulis ingin mengucapkan syabas dan tahniah kpd tamantuguproject kerana berjaya membaik pulih taman ni sehingga menjadi tumpuan orang ramai. Bukan shj boleh menjadi aktiviti migguan warga kota, taman ni juga dilihat mampu menarik kemasukan pelancong dari dalam dan juga luar negara. Boleh datang beramai2 utk aktiviti riadah keluarga. Sambil berpeluh dan menghirup udara segar, pengunjung dan anak2 juga boleh belajar mengenai flora dan fauna yg ada di taman ini.
Selamat beriadah 😊