Maka benarlah orang kata. Walaupun ada bahan, ada masa untuk menulis tapi kalu mood tak mari...memang tak la jawabnya. OK, sambungan cerita Sapporo (selepas 2 tahun tergendala).
Day 1
Penerbangan kami dari KUL jam 11.30 malam. Jadi kami tiba di Chitose Airport pada awal pagi iaitu jam 8.05 pagi. Pemandangan Sapporo pada waktu tu masih belum bersalji. Kelihatan ranting2 pokok yang keguguran daun. Ada sedikit kekecewaan di situ sebab antara tujuan utama nk ke Sapporo ialah nk experience salji. Tapi x pa. ikut ramalan cuaca sepanjang kami berada di Sapporo akan turun salji pada waktu2 tertentu. So, tunggu dan lihat saja.
Airport Chitose kelihatan tenang. Kami pon x tergesa2 sebab nk check in hotel pon awal lagi. Perancangan nk drop bag je dulu kt hotel then g jalan2.
Sebelum bergerak ke Bandar Sapporo kami g cari Kad untuk naik train dulu. Setiap orang kena ada termasuk la kanak2. Cuma kanak2 akan dapat separuh harga tambang. Untuk beli kad ini, kita kena tunjukkan passport dulu. Untuk anak2, mereka akan print nama atas card. Best!
Penulis buat homework dulu anggaran berapa nk top up berdasarkan lokasi mana kami nk pegi. Selepas congak2 mau dekat 5000yen juga utk dewasa dan 3000yen utk anak2. Ya, memang mahal pengangkutan awam di Jepun. Huhuhu...sabar je lah. Bayangkanlah dari Chitose nk ke Sapporo Stn pon dah 1590yen sorang (dewasa). Pegi balik dah 3180yen. Kalu tukar ke RM mau RM115. Tu baru sorang...bayangkanlah kalu g satu family. huhuhuhu....
Chitose Airport ke Sapporo Stn dalam 37 minit naik JR Rapid Airport. Korang x yah risau terlepas train atau kejar2 train. Sini sistem pengangkutan awam dia superb (Penulis bagi 5 bintang). Train akan datang setiap 15min dan waktu pelepasan punctual...sekali lagi diulangai...punctual.
Kami sampai Sapporo Stn agak awal. Google lokasi hotel dekat sangat. jalan kaki 9 min ja. So penulis sekeluarga berduyun2 lah dengan beg2 ngan anak2 lagi menuju ke hotel. Suhu pada waktu tu -1 degree C... memang sejuk. Ni 1st time Penulis experienced suhu di bawah paras beku. Alhamdulillah kami sampai di Hotel dalam jam 10pg cam tu. Nk check in x boleh sebab awal lagi. Tapi penulis request jugak. Hotel setuju tapi dengan bayaran tambahan. So, pejamkan mata bayar la tambahan tu janji boleh masuk awal.
Disebabkan x ambil apartment maka penulis terpaksa ambil family room. ye la...ramai kan. Tapi alhamdulillah...bilik agak luas dengan 4 katil super singgle dan selesa utk kami sekeluarga. Cuma x da dapur utk masak dan mesin untuk basuh baju.
Perancangan nk rehat sekejap pas tu nk jalan2 Odori Park. Last2 terlelap. kaver balik tidor dlm flight yg x berapa nk selesa tu. hahaha...bangun2 dh petang. Jadi destanasi kami hari ni satu ja, ke Tower38.
Nak ke Tower38 senang sangat. Tower ni bangunan dia bersekali dengan Sapporo Stn. Masuk Stellar Place tu then naik escalator ke tkt 2 (kalu x silap). Beli tiket then terus naik lift ke atas. Harga tiket macam dalam gamba kt atas tu.
View bandar Sapporo waktu malam perghhhhh.....menakjubkan gitew!
Kt atas tower ni ada cafe, boleh beli kopi panas minum sambil layan view cantik. Lepak pon x boleh lama, ye la tengok view ja bukan boleh buat apa pon. Dah habis kopi secawan dan rasa bosan pon dah mari, kami pon gerak balik. Terus ke hotel jer. Rest untuk nk jalan jauh keesokan harinya.
--- selesai hari pertama ---