Melancong ke Sapporo pada musim sejuk (Disember 2017)
Bila bercakap pasal Sapporo pasti ramai yg tahu pasal bandar ni. Bandar cantik yang terkenal di kepulauan Hokkaido di utara Jepun. Memasang impian utk ke sini bukanlah suatu yang sia2. Pelancong yg datang pasti berpuas hati dan berhasrat utk kembali semula ke sini. Terutamanya pada musim sejuk.
Hari Pertama sampai suhu -3 Degree Celcius tapi belum snow
Impian utk bercuti di Sapporo telah lama ditanam dlm diri ni. Cuma x sangka dapat pegi tahun ni. Perancangan tidak seberapa. Keputusan utk datang ke Sapporo hanya dibuat dua bulan sebelum. Apa2 pun syukur alhamdulillah rezeki Allah bagi.
Penulis buat sedikit catatan ni supaya ia dapat jadi rujukan kepada mereka yg memasang impian untuk ke Sapporo pada musim sejuk.
Jom layannn...
Persediaan sebelum pergi
1) Pakaian Sejuk
Untuk datang bercuti di Sapporo pada musim sejuk memerlukan kos yang tinggi. Winter jacket, boots, stoking wool, long john, snow cap, glove dll perlu dibeli (pinjam kalu nk jimat). Kos barang2 ni agak tinggi. Kalu nk budget boleh jer cari kt bundle. Cuma hasil survey penulis di beberapa kedai bundle sekitar Kuala Lumpur dan Klang tidak ada yg berkenan di hati. Penulis berpandangan lebih baik beli baru. Ada pakaian winter yg agak murah dan mampu beli.
![]() |
Tips: Jika datang Sapporo jgn kedekut duit beli yg murah (nanti merana badan). Beli yg bagus sikit lebih berbaloi. |
(a) Untuk Long John banyak jenis yg ada di pasaran. Harga pon boleh dpt serendah RM40 ~ ratus ++. Nasihat penulis beli Long John yang bagus (Sebab ini Sapporo, bukan Cameron Highland) sebab ia lebih nipis dan ringan. Suhu pulak boleh tahan hingga suhu negative. Elakkan pakai T-Shirt Cotton biasa dan berlapis2. Sebab kita akan jadi tidak selesa (terlalu tebal) dan nk bergerak pon susah.
(b) Untuk Jacket, boleh beli ikut kemampuan. Sebab jika long john kita dh bagus, jacket cap ayam pon in sya Allah boleh tahan sejuk. Paling penting beli jacket yang ada hoodie dan kalis air. Penting sangat. Jgn cotton sbb nanti turun snow yg lebat boleh basah. Bila basah perghhhh....sejuk doh!
(c) Untuk seluar....x payah bawak jeans banyak2 dan tebal2. Buat berat beg ja. (Gila ko...barang per kg mahal kot AA charge). Penulis bawak 2 helai seluar ja. Sehelai utk pakai pergi & balik dan satu lagi untuk pakai sepanjang berada di Sapporo. Senang x payah berat2 beg.
Ni seluar yg Penulis pakai. Sangat awesome (rekomended) Bergelumang dlm salji pon x basah. Nipis & ringan |
(d) Untuk glove boleh beli 2 set. Satu wool biasa untuk pakai outing jalan2 bandar Sapporo dan satu lagi beli yg kalis air. Ini penting masa main snow. Kalu pakai wool main snow cepat basah. Bila basah jari cepat kebas. Bahaya.
Bagus pakai yg ini masa main snow - Waterproof glove |
(e) Warmer kena ada. Boleh beli siap2 dari Malaysia atau boleh je beli kt sana. Kalu telupa beli jgn panic. Kedai2 serbaneka di Sapporo bersepah2 jual. Murah2 lagi.
(f) Spikes juga tidak kurang pentingnya. Terutamanya jika kita pakai boot yg tapaknya bukan design utk kegunaan winter. Kalu x jumpa di Malaysia jgn bimbang. Kt kedai serbaneka di Sapporo pon ada jual. cuma harganya boleh tahan. (Kalu tukar duit M'sia +-RM40 juga utk sepasang)
Spikes tu just plug n play (gitu cakap omputeh). Getah pasang di tapak kasut utk elak tergelincir semasa berjalan di permukaan licin. |
Tips:
a) Baik beli jacket/pakaian baru. Masih boleh dapat RM1++.00 utk jaket yg cantik2 dan berkualiti. Kalu nk pilih yg bundle juga boleh dpt RM30~Rm50. Tapi macam2 la...koyak la...zip rosak la, ada tompok2 air liur basi la & macam2
b) kalu dtg musim sejuk, kena pakai boots. Jgn pakai kasut sukan @ convers plak. Mmg x boleh tahan; kebas kaki bila kasut basah wpon pakai stoking wool tebal.
c) Utk glove better beli glove yg waterproof. Sbb kalu wool nanti main salji basah. Lagi sejuk & kebas semua jari.
2) Tempahan bilik hotel/ apartment
Tempahan kena buat awal. Jgn dok ngada2 smpai sapporo baru nk cari. Sebab x larat kot nk usong beg dlm cuaca sejuk2 cari hotel. Survey betul2 utk cari hotel. Pakailah semua travel portal yg ada.
Kalu dtg ngan family better amek appartment sbb boleh masak. Tapi lokasi agak jauh dan bukan d pusat bandar. Kalu nk apartment yg dekat bandar opkos la mahal kan.
Hotel dekat dgn Sapporo Stn - senang nk bergerak |
Trip kali ni penulis terpaksa ambil bilik hotel ja sbb x larat nk stay jauh2. Penat woo jalan. Nk bawak budak2 kecik lagi. Tolak stroller lagi. Ambil hotel tengah2 bandar Sapporo senang. Train senang, kedai serbaneka banyak dan yg penting, nk ke Sapporo Stn jalan kaki 10mins ja. Hahaha...
3) Wifi data
Kalu nk travel ke luar negara yang ni perkara ke 2 selepas duit. Penting sangat. Pakej utk data internet ni macam2 ada. Nk amek dgn telco sedia ada pon boleh tp mahal sangat. Sebab tu penulis ambil pocket wifi saja. Baru RM15/day. Data ada 7GB utk sepanjang berada d Sapporo. Lebih dr cukup. Bukan nk pakai data utk layan utube Maria Ozawa beb...tp nk google jalan dan direction ja.
Penulis amek pakej wifi ni atas rekomen dr kawan2 yg penah ke sana. Overall, coveragenya bagus. Harga berbaloi. Saiz data mencukupi. Order sekurang2nya sehari sebelum fly. Collect kt KILA2 jer sebelum korang berlepas. Sangat convenience. Kalu korang nk amek pakej lain pon boleh jer. cer tengok2 kat KLIA 2 tu. Nmpak ada 3-4 kedai juga yg offer pocket data ni. Cuma x sempat nk survey jer.
4) Makanan
Ok bab makanan Malaysia ni nak masuk Jepun alhamdulillah. X begitu straight macam Oz. Penulis sediakan satu beg khas utk makanan shj. Sapporo makanan halal agak terhad. Jadi sebaiknya bawa makanan banyak2 dr Malaysia.
Di Airport Chitose immi/kastam langsung x bukak beg (alhamdulillah). Bawak la makanan apa yg nk makan. In sya Allah lepas. Jgn bawak yg terlarang udah la. Macam biasa, Pak Brahim menjadi peneman di mana2 Penulis pegi termasuklah di Sapporo. Hehehe...
Seriusly makanan bawa x cukup. huhuhu...Sejuk2 perut cepat lapar. Jadi pisang dan epal lah yang jadi penyelamat masa berjalan2 di sana. Nk beli makanan lain was-was nk makan.
5) Duit Yen
Pasal duit ni agak subjektif. Tak tau berapa banyak nk kata cukup. ikut tahap berbelanja. Tapi pesanan penulis, tambang pengangkutan agak costly sepanjang berada di sana. Duit untuk makan habis x banyak sebab makan bekal yg dibawa dr M'sia. Habis sangat beli pisang atau epal dengan harga 300 Yen.
Andai kata duit tukaran dh habis belanja, jgn bimbang. Kita masih dapat tukar di sana. (Wang Malaysia masih laku di Sapporo...alhamdulillah). Sepanjang berada di sana, ada 2 tempat yg penulis sempat tukar. Satu di Hokkaido Bank Basement Odori Park dan satu lagi di Tanukikoji Shopping Arcade, Susukino.
Ok, itu sedikit sebanyak maklumat persiapan sebelum korang bergerak ke Sapporo. Next entry Penulis akan ceritakan tempat2 menarik yang dilawati sepanjang berada di Sapporo.
--- to be continue ---