Sunday, 17 December 2017

Melancong ke Sapporo (Early Winter - December 2017)


Melancong ke Sapporo pada musim sejuk (Disember 2017)

Bila bercakap pasal Sapporo pasti ramai yg tahu pasal bandar ni. Bandar cantik yang terkenal di kepulauan Hokkaido di utara Jepun. Memasang impian utk ke sini bukanlah suatu yang sia2. Pelancong yg datang pasti berpuas hati dan berhasrat utk kembali semula ke sini. Terutamanya pada musim sejuk.

Hari Pertama sampai suhu -3 Degree Celcius tapi belum snow

Impian utk bercuti di Sapporo telah lama ditanam dlm diri ni. Cuma x sangka dapat pegi tahun ni. Perancangan tidak seberapa. Keputusan utk datang ke Sapporo hanya dibuat dua bulan sebelum. Apa2 pun syukur alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Penulis buat sedikit catatan ni supaya ia dapat jadi rujukan kepada mereka yg memasang impian untuk ke Sapporo pada musim sejuk.

Jom layannn...


Persediaan sebelum pergi

1) Pakaian Sejuk

Untuk datang bercuti di Sapporo pada musim sejuk memerlukan kos yang tinggi. Winter jacket, boots, stoking wool, long john, snow cap, glove dll perlu dibeli (pinjam kalu nk jimat). Kos barang2 ni agak tinggi. Kalu nk budget boleh jer cari kt bundle. Cuma hasil survey penulis di beberapa kedai bundle sekitar Kuala Lumpur dan Klang tidak ada yg berkenan di hati. Penulis berpandangan lebih baik beli baru. Ada pakaian winter yg agak murah dan mampu beli.

Tips: Jika datang Sapporo jgn kedekut duit beli yg murah (nanti merana badan).
Beli yg bagus sikit lebih berbaloi.
 

(a)   Untuk Long John banyak jenis yg ada di pasaran. Harga pon boleh dpt serendah RM40 ~ ratus ++. Nasihat penulis beli Long John yang bagus (Sebab ini Sapporo, bukan Cameron Highland) sebab ia lebih nipis dan ringan. Suhu pulak boleh tahan hingga suhu negative. Elakkan pakai T-Shirt Cotton biasa dan berlapis2. Sebab kita akan jadi tidak selesa (terlalu tebal) dan nk bergerak pon susah.

(b)   Untuk Jacket, boleh beli ikut kemampuan. Sebab jika long john kita dh bagus, jacket cap ayam pon in sya Allah boleh tahan sejuk. Paling penting beli jacket yang ada hoodie dan kalis air. Penting sangat. Jgn cotton sbb nanti turun snow yg lebat boleh basah. Bila basah perghhhh....sejuk doh!

(c)   Untuk seluar....x payah bawak jeans banyak2 dan tebal2. Buat berat beg ja. (Gila ko...barang per kg mahal kot AA charge). Penulis bawak 2 helai seluar ja. Sehelai utk pakai pergi & balik dan satu lagi untuk pakai sepanjang berada di Sapporo. Senang x payah berat2 beg.

Ni seluar yg Penulis pakai. Sangat awesome (rekomended)
Bergelumang dlm salji pon x basah. Nipis & ringan
(d)   Untuk glove boleh beli 2 set. Satu wool biasa untuk pakai outing jalan2 bandar Sapporo dan satu lagi beli yg kalis air. Ini penting masa main snow. Kalu pakai wool main snow cepat basah. Bila basah jari cepat kebas. Bahaya.

Bagus pakai yg ini masa main snow - Waterproof glove

(e)   Warmer kena ada. Boleh beli siap2 dari Malaysia atau boleh je beli kt sana. Kalu telupa beli jgn panic. Kedai2 serbaneka di Sapporo bersepah2 jual. Murah2 lagi.


(f)   Spikes juga tidak kurang pentingnya. Terutamanya jika kita pakai boot yg tapaknya bukan design utk kegunaan winter. Kalu x jumpa di Malaysia jgn bimbang. Kt kedai serbaneka di Sapporo pon ada jual. cuma harganya boleh tahan. (Kalu tukar duit M'sia +-RM40 juga utk sepasang)



Spikes tu just plug n play (gitu cakap omputeh).
Getah pasang di tapak kasut utk elak tergelincir semasa berjalan di permukaan licin.


Tips:


a) Baik beli jacket/pakaian baru. Masih boleh dapat RM1++.00 utk jaket yg cantik2 dan berkualiti. Kalu nk pilih yg bundle juga boleh dpt RM30~Rm50. Tapi macam2 la...koyak la...zip rosak la, ada tompok2 air liur basi la & macam2



b) kalu dtg musim sejuk, kena pakai boots. Jgn pakai kasut sukan @ convers plak. Mmg x boleh tahan; kebas kaki bila kasut basah wpon pakai stoking wool tebal.

c) Utk glove better beli glove yg waterproof. Sbb kalu wool nanti main salji basah. Lagi sejuk & kebas semua jari.



2) Tempahan bilik hotel/ apartment

Tempahan kena buat awal. Jgn dok ngada2 smpai sapporo baru nk cari. Sebab x larat kot nk usong beg dlm cuaca sejuk2 cari hotel. Survey betul2 utk cari hotel. Pakailah semua travel portal yg ada.

Kalu dtg ngan family better amek appartment sbb boleh masak. Tapi lokasi agak jauh dan bukan d pusat bandar. Kalu nk apartment yg dekat bandar opkos la mahal kan.

Hotel dekat dgn Sapporo Stn - senang nk bergerak

Trip kali ni penulis terpaksa ambil bilik hotel ja sbb x larat nk stay jauh2. Penat woo jalan. Nk bawak budak2 kecik lagi. Tolak stroller lagi. Ambil hotel tengah2 bandar Sapporo senang. Train senang, kedai serbaneka banyak dan yg penting, nk ke Sapporo Stn jalan kaki 10mins ja. Hahaha...


3) Wifi data

Kalu nk travel ke luar negara yang ni perkara ke 2 selepas duit. Penting sangat. Pakej utk data internet ni macam2 ada. Nk amek dgn telco sedia ada pon boleh tp mahal sangat. Sebab tu penulis ambil pocket wifi saja. Baru RM15/day. Data ada 7GB utk sepanjang berada d Sapporo. Lebih dr cukup. Bukan nk pakai data utk layan utube Maria Ozawa beb...tp nk google jalan dan direction ja. 


Penulis amek pakej wifi ni atas rekomen dr kawan2 yg penah ke sana. Overall, coveragenya bagus. Harga berbaloi. Saiz data mencukupi. Order sekurang2nya sehari sebelum fly. Collect kt KILA2 jer sebelum korang berlepas. Sangat convenience. Kalu korang nk amek pakej lain pon boleh jer. cer tengok2 kat KLIA 2 tu. Nmpak ada 3-4 kedai juga yg offer pocket data ni. Cuma x sempat nk survey jer.


4) Makanan

Ok bab makanan Malaysia ni nak masuk Jepun alhamdulillah. X begitu straight macam Oz. Penulis sediakan satu beg khas utk makanan shj. Sapporo makanan halal agak terhad. Jadi sebaiknya bawa makanan banyak2 dr Malaysia.




Di Airport Chitose immi/kastam langsung x bukak beg (alhamdulillah). Bawak la makanan apa yg nk makan. In sya Allah lepas. Jgn bawak yg terlarang udah la. Macam biasa, Pak Brahim menjadi peneman di mana2 Penulis pegi termasuklah di Sapporo. Hehehe...

Seriusly makanan bawa x cukup. huhuhu...Sejuk2 perut cepat lapar. Jadi pisang dan epal lah yang jadi penyelamat masa berjalan2 di sana. Nk beli makanan lain was-was nk makan.


5) Duit Yen

Pasal duit ni agak subjektif. Tak tau berapa banyak nk kata cukup. ikut tahap berbelanja. Tapi pesanan penulis, tambang pengangkutan agak costly sepanjang berada di sana. Duit untuk makan habis x banyak sebab makan bekal yg dibawa dr M'sia. Habis sangat beli pisang atau epal dengan harga 300 Yen.

Andai kata duit tukaran dh habis belanja, jgn bimbang. Kita masih dapat tukar di sana. (Wang Malaysia masih laku di Sapporo...alhamdulillah). Sepanjang berada di sana, ada 2 tempat yg penulis sempat tukar. Satu di Hokkaido Bank Basement Odori Park dan satu lagi di Tanukikoji Shopping Arcade, Susukino. 


Ok, itu sedikit sebanyak maklumat persiapan sebelum korang bergerak ke Sapporo. Next entry Penulis akan ceritakan tempat2 menarik yang dilawati sepanjang berada di Sapporo.

--- to be continue ---


Friday, 1 December 2017

Melancong ke Gold Coast Australia Julai 2017

Melancong ke Gold Coast Australia Julai 2017

Gold Coast Australia antara percutian menarik utk dilawati. Negara yg aman, Mindset penduduk yang maju, kemudahan awam yg bagus, pantai yang cantik membuatkan pelancong ramai menghabiskan cuti mereka di sini.
Ini merupakan kali ke-2 penulis ke Negara ini selepas Sydney pada 2016. Nmpak gayanya OZ macam percutian tahunan kami sekeluarga. Hahaha...



Persediaan sebelum bertolak

1) Tiket Penerbangan


Macam biasa AirAsia menjadi pilihan (gila ko nk amek MAS mahal nk mampos!). Tiket x da la amek awal sangat (sbb penulis bukan ticket hunter mcm sesetengah org tu) so that y kami dpt tiket yg biasa2 ja tp still mampu milik. Kami pilih penerbangan malam sebab senang budak2 semua tido; bangun2 sampai Gold Coast (GC) ja dh siang. Seat pulak better buat tempahan pilihan sbb senang kumpul sekali (tp kena bayar lebey la); kalu x tempah buatnya duduk bersepah...hmmm...
Inflight meals plak better pre booking. Penerbangan 8 jam kot...kompom lapar. Kalu x book awal boleh je beli onboard tp mahal doh. 

Tips:

# pre book in flight meals utk dapat harga yg lebih murah.


2) Pakaian


Pakaian ni penting jg sebenarnya. Sbb OZ negara 4 musim. Bila dtg time summer memadai bawa baju nipis2. kalu dtg time winter beg besar & berat sikit la sbb kena bawak sweater bagai.

Tips:


# x yah bawak baju bnyak2 macam nk g setahun. GC bnyak baju cantik2 & murah2 lg. 

# kalu dtg time winter x payah bwk winter jacket yg tebal + berbulu serigala bagai. GC x da snow. Memadai jacket/sweater yg sederhana tebal ja.



3) Hotel/ Apartment


Sila booking siap2 sblom dtg. Blk mmg bnyak besepah2 dkt online tu. Kalu dtg honey moon bleh amek hotel. Kalu dtg berkeluarga better amek apartment. Harga sila ikut kemampuan. Hahaha...


Tips:

# kalu pegi berkeluarga bagus amek apartment..bleh masak & basuh baju bagai



Day 1: 28 Jun 2017 (Rabu)

23:50h Boarding, baca doa naik kenderaan dan fly to GC. Penerbangan amek masa +-8jam. Dalam kapal terbang tido...makan...tido...

Tips:

# Sila bawak bantal & selimut sendiri. Flight mlm sejuk woo!!!. Nk yg AA pon ada tp kena bayar la.



Day 2: 29 Jun 2017 (Khamis)

09:50h  Tiba di Airport OOL GC


Pasport clearance then beg checking oleh Customs Airport (yg ni selalu menjadi mimpi ngeri pelancong sbb ada yg beg kena punggah & checking by Anjing Pengesan. Nasib kami baik pagi tu...officer tu tanya ada bawak apa barang terlarang dlm beg...aku berterus terang. "Kami bawak ikan bilis utk makan & susu powder utk baby, yg lain x da sbb we know ur rules" chewah gitu. Alhamdulillah...kami terus ditunjuk lorong keluar no 1. Kalu nk tau lorong ni adalah menjadi idaman semua org...x payah check beg langsung...terus keluar ja. Kalu lorong 2, 3 ....aku x tau lah apa nasib diorang. Huhuhu...


Beli Sim Card


Benda yg korang harus buat dulu slps keluar arrival gate ialah cari sim card. Berdasarkan pembacaan blog kami beli Opus sim card. X payah pening2 kpala amek je pakej yg AUD10 utk 5 hari (penggunaan AUD2 sehari). Sangat cukup korang gunakan data utk search/ dptkan maklumat tempat2 menarik dan yg paling penting bleh chat WA, update status FB & google map.




Airport Transfer


Lepas dpt sim card bleh g cari teksi/ kereta sewa utk ke hotel. Kebanyakan aku tengok pelancong M'sia ramai yg sewa keta atau amek chartered X'ion. Tp sebenarnya amek airport teksi terus lg jimat. Utk Mexi (van) kami kena AUD65 shj utk ke Surfers Paradise (SP) berbanding X'ion yg charge AUD110 ke tempat yg sama. Utk makluman, x da train dr airport terus ke SP. Yg ada hanya bas & texi.




Check in Hotel

11:00h Tiba di hotel. Percutian kali ni kami pilih Hilton Surfers Paradise Residence. Bunyinya macam mahal kan?...hehehe...tp berbaloi sangat dgn harga yg kami kena utk apartment 2 bilik. Sangat luas & selesa.

Boleh memasak, ada dapur pinggan mangkuk peti ais microwave dll. Boleh basuh baju jg ya siap ada dryer & iron skali. Terbaikkk!!!
Polisi hotel hanya boleh check in jam 3. Jadi dok melahu la kami di loby hotel. Jika bernasib baik kalu ada yg chek out awal...boleh la masuk awal.


Makanan Halal

Masyarakat muslim ni macam biasa la...mana2 pegi makanan halal tu adalah kewajipan. Tp jgn bimbang...OZ mmg ada bnyak kedai makanan halal. Especially kawan2 Turki dan India kita yg bnyak bukak kedai2 kebab dan curry. Jadi sepanjang berada di SP makanan ruji kami ialah kebab & pizza selain megi & brahim yg dibawa dr M'sia.




Tips:


# x payah bawak meggi bnyak2 sangat. Sebab kt OZ ni besepah2 kedai jual megi. Made in Malaysia lagi. Hahahaha

# beras pon x payah bawak kot. Kt supermarket sini belambak2 jual beras. Makanan dlm tin citarasa Asia pon ada.




Ok cukup dulu untuk maklumat awal percutian ke Gold Coast OZ. Next entry kita cita tempat2 yg harus dilawati pulork! kbai.


---- to be continue ---