Bismillah...
Berikutan bulan Ramadhan bakal menjelang, sudah pastinya fokus dan tumpuan utama terjurus ke arah memperbanyakkan amal ibadah. Dalam menunaikan kewajiban berpuasa, pasti ramai diantara kita yang dah mula mencongak mana tempat best untuk berbuka. Jom kita bercerita tentang tempat makan...iftar.
Penulisan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan akan berkisar tentang komen/ cadangan dari aspek kualiti dan kepelbagaian makanan, keselesaan tempat makan, kemudahan surau untuk solat, pakir kenderaan dan perkara-perkara lain yang boleh membantu masyarakat terutamanya muslim di luar sana untuk memilih destinasi berbuka puasa mereka nanti.
Penulisan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan akan berkisar tentang komen/ cadangan dari aspek kualiti dan kepelbagaian makanan, keselesaan tempat makan, kemudahan surau untuk solat, pakir kenderaan dan perkara-perkara lain yang boleh membantu masyarakat terutamanya muslim di luar sana untuk memilih destinasi berbuka puasa mereka nanti.
Destinasi: The Royale Chulan Kuala Lumpur
Hotel indah bertaraf 5 Bintang ini terletak di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Kepada sesiapa yang tidak biasa dengan Jalan Conlay, untuk pengetahuan hotel ini adalah berdekatan dengan kawasan Bukit Bintang. Megah dengan senibina Melayunya, hotel mewah ini pernah dinobatkan '2013 Travellers’ Choice Award for the Luxury
category on TripAdvisor.com for several reasons' katanya.

Bila hotel diberikan penarafan 5 bintang, sudah semestinya kualiti perkhidmatan pon mempunyai kelasnya tersendiri. Berbuka
puasa di sini amat mewah. Harga bagi berbuka puasa di The Royale Chulan bagi tahun lepas (2015) ialah seperti berikut:
Kanak-kanak (bawah 12 tahun) = RM90 nett
Warga Emas = RM90 nett
Mahal?...ye memang mahal. Tapi bila dinilai dari
pelbagai perkara (seperti yang akan dijelaskan di bawah) maka harga itu memang berbaloi. Tahun ni punya harga....errrr....sila check sendiri (heh!)
1) Pakir Kenderaan
Pihak hotel menyediakan pakir yang mencukupi dan
selesa. Pelanggan boleh pakir di basement atau untuk mudah, valet
paking jer. Kadar harga baru RM15.00
2) Lokasi berbuka puasa
Tempat makan ialah di aras bawah sahaja. Masuk
pintu utama hotel dan terus ke kiri. Sebelum ambil tempat duduk pastikan anda
maklumkan nama (reservation) kepada petugas dan mereka akan tunjukkan meja yang
telah dikhaskan. Pada tahun ini The Royale Chulan telah menyediakan lokasi
berbuka puasa di Taman Mahsuri Courtyard. Kawasan ini sangat cantik
dan luas. Jadi kita boleh makan dengan selesa tanpa perlu
berasak-asak dan belanggar-langgar dengan orang.
3) Juadah berbuka
Dengan tema 'Juadah Rakyat', The Royale Chulan
telah menyediakan 1001 jenis makanan yang memang sangat sedap. (thumb's
up to all chef). Menu?...masyaAllah....pelbagai dan memang x kan
termakan semua. Tapi yang paling best....rusa panggang berempah...perghhh!!!!
4) Surau
Sekali lagi thumb's up untuk The Royale
Chulan. Pihak hotel telah menyediakan kemudahan untuk solat yang lengkap.
Paling penting, surau sangat dekat dengan tempat makan. Jadi x perlu
tergesa-gesa atau menggelabah mencari surau. Selipar dan kerusi disediakan
secukupnya. Tempat berwuduk juga sangat selesa. Ruang solat.....rasanya boleh
memuatkan lebih 100 jemaah kot...terbaik! Signage surau &
tempat berwuduk diletakkan di beberapa lokasi. Jadi ia amat memudahkan orang
ramai yang hendak menunaikan solat.
5) Kemudahan/ Perkhidmatan lain
Tak seronok kalau sambil makan tidak mendengar alunan
muzik merdu. Thanks to The Royale Chulan kerana telah memanggil kumpulan
pemuzik dan penyanyi untuk memeriahkan suasana.
Overall, sesiapa yang berhajat untuk berbuka
puasa di luar/ hotel, maka The Royale Chulan adalah merupakan pilihan yang
tepat. Walaupun membayar dengan harga yang agak mahal, namun bilamana kita
boleh mendapat pakir kenderaan yang mudah, mencukupi dan kadar harga pakir yang berpatutan,
ditambah dengan juadah yang sedap dan beraneka, serta lokasi (tempat makan)
yang selesa dan yang paling penting, kemudahan untuk solat yang disediakan maka
kepuasan pasti dirasa.
Great place...well done The Royale Chulan.
Rating iftar Ramadhan tahun 2015 diberikan kepada
The Royale Chulan...5 Bintang.